suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu cuba ambil nyawa sendiri lepas racun anak 3 tahun... Tertekan gara-gara hubungan sulit dengan kekasih terbongkar!

Tekanan perasaan yang melampau boleh mendorong seseorang kepada tindakan luar kawalan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita didakwa bertindak di luar kewarasan apabila disyaki terlibat dalam kes kematian anak kandungnya yang berusia tiga tahun.

Menurut polis, wanita dikenali sebagai Asha Devi itu disyaki meracun anaknya selepas berdepan tekanan berpanjangan apabila hubungannya dengan seorang lelaki lain diketahui oleh suami dan ahli keluarga.

Malah Asha turut menelan racun yang sama kerana didorong perasaan tertekan dan marah.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan Suja Shanti Nagar, Begusarai, India pada Selasa malam, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia, manakala ibunya yang berusia 21 tahun kini dirawat dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, Asha yang sudah berkahwin sejak 2021 itu menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang dikenalinya melalui media sosial. 

Perkara itu kemudian terbongkar dan diketahui suaminya, Gorelal Sah, yang kemudian menegur dan meminta hubungan tersebut ditamatkan.

Namun, hubungan itu didakwa berterusan sehingga mencetuskan pertengkaran dan konflik dalam keluarga, termasuk dengan pihak mentua.

Seorang pegawai kanan polis, Anand Kumar Pandey berkata, siasatan sedang dijalankan dan satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes berkenaan. -Agensi

Artikel Lain