WANITA berusia 25 tahun berstatus isteri orang menjadi buruan polis selepas menyerang seorang lelaki sehingga cedera parah dalam insiden pada awal pagi Rabu.Ketika kejadian pada malam ambang Tahun Baharu itu, suspek dipercayai mengundang mangsa ke rumahnya dengan alasan mahu memberikan manisan sempena kedatangan tahun 2026. Bagaimanapun, lelaki berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian alat sulit selepas diserang menggunakan pisau di rumah suspek di Mumbai, India. Mangsa berusia 44 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Sion akibat mengalami luka serius yang berkemungkinan memerlukan pembedahan.Siasatan awal mendapati kedua-duanya mempunyai pertalian keluarga dan dipercayai telah menjalinkan hubungan sulit selama enam hingga tujuh tahun.Difahamkan, kedua-dua individu terbabit masing-masing sudah berkahwin ketika menjalin hubungan sulit tersebut.Menurut polis, pertengkaran tercetus apabila suspek didakwa mendesak mangsa supaya meninggalkan isterinya dan berkahwin dengannya. Mangsa dilaporkan pernah berpindah sementara ke Bihar pada November 2025 untuk menjauhkan diri, namun suspek masih terus menghubunginya.Lelaki itu kemudiannya kembali ke Mumbai pada 19 Disember sebelum cuba memutuskan hubungan dengan wanita terbabit. -Agensi