SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dirogol bergilir-gilir sebelum dibunuh pada Jumaat.Menurut polis, kejadian itu berlaku di sebuah bangunan di Bulandshahr, Uttar Pradesh. Suspek didakwa mencampak kanak-kanak itu dari atas bumbung untuk menyembunyikan jenayah yang dilakukan.Mayat kanak-kanak itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan terbaring di padang belakang bangunan.Polis berkata mereka menerima maklumat bahawa mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah.Mangsa dikejarkan ke hospital, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.Susulan itu, dua suspek ditahan di sebuah kawasan pembinaan dan mereka mengaku terlibat dalam jenayah itu.Siasatan sedang diteruskan dan suspek dijangka didakwa dalam masa terdekat. -Agensi.