1.5 Juta Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

BERA: Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penuntut akan mendapat potongan harga 10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera dan sebagainya dengan kad tersebut.

"Kad tersebut bertujuan bagi meringankan bebanan para pelajar di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga murah dan berpatutan mengikut kemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pembiayaan pendahuluan (WPP) kepada 182 pelajar di kawasan Parlimen Bera yang berjaya ke institusi pengajian tinggi, di sini pada Sabtu.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Syarikat Penerbangan Malaysia dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit memberikan potongan harga kepada pelajar.

Katanya usaha turut diusahakan bagi menarik minat Keretapi Tanah Melayu, bas ekspres dan lain-lain syarikat korporat menyertai skim itu.

Beliau memberi jaminan penggunaan kad diskaun tersebut mempunyai ciri keselamatan tersendiri yang tertera pada kad metrik pelajar dan sah laku penggunaannya sehingga tamat pengajian mereka.

Menurut Ismail Sabri, pelajar yang terlibat dengan skim itu meliputi pelajar yang sedang menuntut di Institusi Pendidikan Guru, politeknik dan matrikulasi.

Katanya setakat ini skim tersebut hanya terhad kepada golongan mahasiswa dan tiada cadangan diperluaskan kepada pelajar sekolah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain