suria

Penyenaraian Felda Wajar Dilakukan - Pribumi

KERTEH: Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (Pribumi) menyokong rancangan kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd di Bursa Malaysia yang dilihat dapat memanfaatkan subsidiari Felda itu untuk bersaing di pasaran terbuka.

Naib Presidennya Ahmad Faizal Mohamed Yusop berkata penyenaraian tersebut merupakan langkah tepat dan perlu dilakukan bagi menyediakan pasaran yang lebih luas untuk syarikat di peringkat antarabangsa.

"Jika Felda disenaraikan, ia amat baik bagi pasaran tempatan dan Felda itu sendiri...secara tidak langsung, Felda akan mewujudkan permodalan pasaran yang lebih besar," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Berikutan rancangan itu, beliau berkata Pribumi dan tiga badan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan Sekretariat Pendidikan Pelaburan Peneroka Generasi Felda (S3PGF) yang akan menjelajah seluruh negara bertujuan menerangkan kepada peneroka tentang selok belok pelaburan saham. - BERNAMA

Artikel Lain