Anwar Letak Syarat Pilihan Raya Serentak - Semasa | mStar

Anwar Letak Syarat Pilihan Raya Serentak

KUALA LUMPUR: Jaminan pilihan raya bersih dan adil akan mempengaruhi keputusan bagi empat negeri yang ditadbir pembangkang sama ada mahu mengadakan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen atau sebaliknya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan syarat berkenaan bergantung kepada komitmen yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta jaminan kerajaan bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil dilaksanakan.

Tegasnya, isu utama yang dibangkitkan pembangkang ialah mengenai pembersihan nama 'pemilih ragu' dalam daftar pemilih SPR.

"Isu utama yang dibincangkan ialah mengenai proses pilihan raya dan sekarang kita ada cukup bukti dan fakta untuk menyokong dakwaan pilihan raya tidak bersih.

"Itu adalah isu yang akan mempengaruhi keputusan kami terutamanya di beberapa buah negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pilihan sama ada empat negeri pembangkang iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan masih diperingkat perbincangan.

"Sama ada nak buat (pilihan raya) bersama-sama atau tidak...pilihan ini masih terbuka.

"Kita masih bincang dengan negeri-negeri mengenai perkara ini...ada yang berpandangan kita patut adakan berserentak dan ada yang tidak.

"Kita perlu bincang lagi...belum ada keputusan lagi," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain