suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

24 Warga Asing Ditahan Dalam Serbuan Di Kampung Punggai

JOHOR BARU: Seramai 24 warga asing ditahan dalam beberapa serbuan di Kampung Punggai, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Che Mahazan Che Aik berkata serbuan itu dilakukan anggota dari Balai Polis Sungai Rengit.

Beliau berkata dalam serbuan pertama pada kira-kira 1 pagi di Masjid Lama kampung itu, polis menahan 22 lelaki terdiri daripada 14 warga Afghanistan, tiga warga Pakistan dan lima warga Sri Lanka.

Katanya, siasatan awal mendapati hanya dua lelaki warga Pakistan dan semua warga Sri Lanka memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu, dalam serbuan susulan pada 7 pagi dan 9.25 pagi, polis menahan seorang lelaki warga Sri Lanka yang mempunyai dokumen dan seorang lagi yang tidak memilikinya di kampung terserbut.

Semua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi dan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. - BERNAMA

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia