suria

MP Kuantan Setuju Dialog Dengan Lynas Corporation

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pada Rabu bersetuju untuk bersemuka dengan syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia berhubung projek pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Bagaimanapun persetujuan itu dibuat dengan syarat rundingan itu turut dihadiri para pemerhati dan wakil media.

Menurut Fuziah, Pengerusi Eksekutif Lynas Corporation Ltd, Nicholas Curtis menyerahkan surat jemputan kepadanya pada Selasa untuk membincangkan isu itu menerusi pertemuan dua pihak.

"Saya sebagai wakil rakyat menerima pelawaan untuk berunding dengan lebih lanjut mengenai projek tersebut demi keselamatan penduduk di negeri ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau turut menggesa Curtis supaya mengemukakan jaminan kukuh bahawa projek bernilai RM700 juta itu tidak memberi kesan sampingan kepada penduduk di kawasan itu.

Namun, beliau bersedia untuk mengemukakan fakta dan bukti mengenai keburukan jika projek itu tetap diteruskan.

Pertemuan itu akan diadakan pada 1 Julai ini.

Pembinaan projek itu terus mendapat bantahan daripada pelbagai pihak kerana ia dilihat mampu menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran, melumpuhkan industri pelancongan dan perikanan negeri itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain