suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat cuai, wanita rugi RM30,000... Kad kredit dicuri gara-gara beg di ruangan ‘overhead’ pesawat tak dikunci

Penumpang perlu lebih berhati-hati dalam menyimpan barangan peribadi di dalam pesawat. -Gambar hiasan AI

SEORANG penumpang wanita mengalami kerugian selepas kad kreditnya dicuri daripada beg galas tidak berkunci yang disimpan di ruang simpanan atas (overhead compartment) pesawat. 

Kejadian berlaku sebaik sahaja pesawat mendarat, namun wanita itu hanya menyedari kehilangan kadnya sejam kemudian ketika mahu membayar tambang teksi di hotel.

Menurut laporan, kad dan dompet penumpang itu diletakkan dalam beg galas tanpa dikunci.

Walaupun pihak bank membatalkan kad selepas dimaklumkan, transaksi sebanyak 20 kali tidak dapat dibatalkan kerana menggunakan kad fizikal. 

Kejadian dilapor berlaku di Singapura dengan kerugian dianggar S$10,000 (RM30,000).

Tidak berpuas hati dengan keputusan bank yang meminta dia menanggung sepenuhnya kerugian, wanita itu merujuk kesnya kepada Financial Industry Disputes Resolution Centre (FIDReC) iaitu badan bebas penyelesaian pertikaian antara pengguna dan institusi kewangan.

Dalam sesi mediasi, wakil bank menyatakan wanita tersebut cuai kerana tidak menyimpan kad bersama dirinya dan tidak mengunci beg.

Selepas wanita itu mengaku sepatutnya lebih berhati-hati, bank bersetuju menanggung 20 peratus daripada kerugian.-Agensi

Artikel Lain