suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pempengaruh vakum anak demi ‘content’ disiasat polis

Pempengaruh tersebut memvakum anaknya berusia 10 tahun untuk dijadikan 'content'. -Gambar media sosial

SEORANG pempengaruh kini disiasat polis selepas memuat naik video menunjukkan anak lelakinya dimasukkan ke dalam beg kedap vakum sebelum divakum oleh wanita tersebut.

Dalam video itu, kanak-kanak tersebut kelihatan menangis sebaik sahaja udara dikeluarkan daripada beg, sebelum klip itu dikongsi sebagai kandungan humor di akaun miliknya.

Tindakan ini mengundang kritikan netizen kerana dianggap mendatangkan bahaya kepada nyawa kanak-kanak.

Kejadian dilapor berlaku di wilayah Saratov, Rusia.

Polis Saratov telah memulakan siasatan, menilai sama ada terdapat tindakan paksaan terhadap kanak-kanak itu dan sedang berusaha mengesan lokasi pempengaruh yang dikenali sebagai Anna Saparina, 36.

Pihak berkuasa juga mempertimbangkan tindakan undang-undang dan bekerjasama dengan agensi perlindungan kanak-kanak.

Media rasmi Rusia turut mengecam tindakan tersebut, dengan NTV menegaskan insiden itu sebagai permainan berbahaya terhadap kanak-kanak demi hiburan.

Selepas kontroversi merebak, Saparina telah memadam video itu daripada akaunnya, walaupun beberapa kandungan kontroversi terdahulu telah meraih jutaan tontonan.-Agensi

Artikel Lain