suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Insiden tembakan di Pantai Bondi, 10 individu termasuk penembak terbunuh

Rakaman video memaparkan dua individu (kanan) melepaskan tembakan ketika sambutan Hanukkah di Pantai Bondi pada Ahad. -Foto media sosial

SEPULUH orang dilaporkan maut dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Australia, ketika sambutan Hanukkah sedang berlangsung, pada Ahad, lapor The Guardian.

Polis New South Wales (NSW) mengesahkan salah seorang yang maut adalah penembak yang melakukan serangan.

Sementara itu seorang lagi penembak dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Polis menggesa orang ramai agar mengelakkan kawasan tersebut.

Sambutan yang dinamakan 'Chanuka by the Sea 2025', dijadual bermula pada pukul 5 petang waktu tempatan.

Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat memastikan sama ada serangan itu berkaitan dengan sambutan Hanukkah.

Rakaman video [Tonton Video] insiden berkenaan turut tular di media sosial.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyifatkan insiden itu sebagai mengejutkan dan menyedihkan, sambil memuji tindakan pantas polis dan pasukan kecemasan yang berada di lokasi untuk menyelamatkan mangsa.

Insiden ini telah mencetuskan kebimbangan global mengenai keselamatan awam dan keselamatan acara keagamaan di kawasan terbuka.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap motif penembakan tersebut.-Agensi

Artikel Lain