suria

LHDN Sedang Keluar Pemberitahuan Cukai Yang Perlu Dipotong Majikan

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Selasa, memaklumkan bahawa ia sedang mengeluarkan pemberitahuan kepada para pekerja mengenai cukai yang perlu dipotong oleh majikan bagi kes di mana akaun cukai pendapatan menunjukkan baki terhutang.

Di dalam satu kenyataan di sini, LHDN berkata pemotongan gaji itu adalah tambahan kepada potongan cukai berjadual pendapatan semasa.

"Pemberitahuan ini dikeluarkan secara automatik melalui sistem komputer kepada pembayar cukai dan satu salinan akan diberikan kepada majikan. Pembayar cukai boleh menghubungi LHDN untuk membuat aturan semula bayaran jika pemotongan adalah membebankan," katanya.

LHDN juga berkata para pembayar cukai juga boleh memohon untuk membatalkan arahan pemotongan gaji itu jika tunggakan cukai yang dinyatakan telah dijelaskan atau cukai telah dikurangkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain