suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil DAP Protes Keluar DUN Melaka Beramai-ramai

MELAKA: Wakil-wakil parti pembangkang, Rabu secara spontan keluar meninggalkan Dewan Undangan Negeri sebagai tanda protes di atas pengantungan yang dikenakan ke atas rakan mereka, iaitu wakil DAP dari Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Ketua Wip, Goh Leong San (DAP-Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana), Lim Jak Wong (DAP-Bachang) dan Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja prosiding bermula jam 9.30 pagi tadi.

“Kami keluar meninggalkan dewan sebagai membantah tindakan yang dikenakan ke atas Khoo kerana tidak mengikut prosedur persidangan,” kata mereka kepada pemberita di luar dewan.

Kesemua wakil DAP itu berkata mereka akan membawa perkara itu ke Parlimen.

Artikel Lain