suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

85 Pendatang Asing Tanpa Izin Ditahan Di Daerah Jeli

KOTA BAHARU: Seramai 85 pendatang asing tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Kelantan dalam operasi di sebuah kilang kayu dan tapak pembinaan di daerah Jeli yang berakhir 7 pagi, Selasa.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen, Amran Abd Aziz berkata 62 daripada mereka terdiri daripada warganegara Indonesia, 18 warga Bangladesh, tiga warga Pakistan dan masing-masing seorang warga Thailand dan India.

Dalam operasi yang bermula 2 pagi itu, 28 daripada mereka ditahan di kilang kayu itu dan selebihnya di tapak pembinaan itu, katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Katanya dalam operasi di tapak pembinaan itu, seorang daripada pendatang asing tanpa izin itu cedera di kepala dan kaki kerana terjun dari tingkat atas rumah penginapan mereka dalam cubaan meloloskan diri, katanya.

Berlaku juga sedikit pergelutan antara pendatang dan anggota penguatkuasa ketika mereka cuba melarikan diri tetapi kesemua mereka berjaya ditahan, katanya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas lawatan tamat tempoh. Mereka dihantar ke depot tahanan sementara di Tanah Merah untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain