suria

Pegawai kerajaan ditahan BPR kerana rasuah

KUCHING: Seorang pegawai kerajaan negeri yang bertugas di Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurus Sumber ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini kerana disyaki meminta wang rasuah RM5,000 untuk pencepatkan pemohonan kelulusan pelan projek.

Pengarah BPR Sarawak, Mohd Yusoff Akope berkata, Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa gred J 29 itu, ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di pejabat pengadu di Taman Heritage di sini.

Pegawai berumur 33 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, katanya kepada Bernama.

Pada Sabtu lepas BPR turut menahan dua pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kuching kerana disyaki meminta dan menerima suapan daripada seorang pengedar cakera padat video cetak rompak.

Kedua-dua pegawai berpangkat Inspektor Percubaan yang berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan pada pukul 3.40 petang di Pejabat JSJ Komersil Kuching di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini. BERNAMA

Artikel Berikut

Aidilfitri disambut Rabu ini

Artikel Lain