suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aidilfitri disambut Rabu ini

MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh membuat penalaan sebelum melakukan cerapan untuk melihat anak bulan Syawal di pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali (kiri). - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tarikh hari raya Aidilfitri ditetapkan pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 1 Oktober 2008," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. BERNAMA

Artikel Lain