suria

Degil tak mahu berpindah, mangsa bah Kelantan diganggu kelibat pelik belakang rumah... 5 ekor ayam lesap, reban penuh kesan darah

Ada segelintir mangsa banjir enggan berpindah kerana bimbang rumah dimasuki pencuri. -Gambar hiasan AI

BAGI penduduk di negeri Pantai Timur, banjir yang melanda pada hujung tahun sudah dianggap sebagai satu kebiasaan.

Amri (bukan nama sebenar) juga membuat persiapan awal selepas hujan lebat tidak berhenti selama dua hari di kampungnya.

Selepas mengemas barang-barang penting, dia segera menghantar isteri dan anaknya ke rumah mentua di kawasan yang lebih tinggi dan selamat.

Namun, Amri memilih untuk bermalam sendirian di rumahnya kerana bimbang kehadiran pencuri yang semakin menjadi-jadi di kampungnya terutama ketika musim banjir.

Sekitar waktu Maghrib, hujan masih lebat dan paras air semakin meningkat sehingga mencecah paras lutut Amri.

Beberapa jirannya mula berpindah ke tempat lebih selamat, namun ada juga yang degil seperti Amri dan tetap berada di rumah masing-masing.

Malam itu, air terus naik hingga mencecah pinggang, memaksa Amri terus berjaga bagi memantau rumahnya.

Kira-kira pukul 2.30 pagi, dia terdengar bunyi pelik dari belakang rumah dan lampu elektrik terpadam serentak.

Dengan hati yang berdebar, dia mengambil telefon sebagai lampu suluh dan berjalan mengharungi air ke arah dapur. 

Flash flood at Taman Intan Klang here after continuous heavy rain since 2am on Friday (April 11). — KK SHAM/The Star

Orang ramai perlu berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk ketika musim tengkujuh. -Gambar hiasan

Sambil menyelak langsir dapur, mata Amri melilau-lilau kerana dia terdengar bunyi bising dari sangkar ayamnya. 

Amri terkejut melihat kelibat wanita berpakaian pakaian putih lusuh dengan rambut panjang mengurai.

Jantung Amri pada waktu itu hampir 'pecah' apabila melihat kelibat makhluk berkenaan dengan mata merah menyala dan lidahnya terjulur keluar.

Makhluk itu dilihat sedang menggigit ayam-ayamnya yang masih hidup dari sangkar.

Amri segera berlari ke bahagian depan rumah dan terus menghubungi jirannya.

Dalam lima minit kemudian, Hamid tiba dan mereka terus berjalan mengharungi air untuk memeriksa di bahagian belakang rumah.

Ketika itu, kelibat misteri berkenaan sudah hilang, namun mereka melihat bulu dan darah ayam berselerak di dalam sangkar.

Lima ekor ayam peliharaannya hilang begitu sahaja pada malam itu.

Rasa takut masih berlegar di kepala, lalu Amri membuat keputusan untuk menumpang tidur di rumah jirannya.

Keesokan harinya, banjir semakin buruk dan akhirnya Amri pergi menumpang rumah mentuanya.

Kejadian misteri itu terus menghantui Amri walaupun banjir di kampungnya sudah surut.

Malah, dia juga trauma sehingga membuat keputusan untuk tidak lagi membela ayam di belakang rumahnya.

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia