suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit dakwa diganggu waktu malam, nampak budak main setiap langsir di wad... Mujur rasa sakit melebihi takut

Ramai pesakit mendakwa mereka pernah berdepan gangguan di hospital. -Gambar hiasan AI

HOSPITAL sering dianggap sebagai 'tempat keras' yang menyimpan banyak kisah misteri sejak dulu lagi.

Kejadian-kejadian aneh bukan sahaja dialami oleh petugas hospital, malah turut diceritakan oleh ramai pelawat dan pesakit.

Di Threads, seorang wanita turut berkongsi gangguan yang dialaminya ketika menerima rawatan di sebuah hospital dalam negara.

"Baru ni saya dimasukkan ke wad. Tahu tak apa yang saya nampak sepanjang dua malam dalam wad?

"Budak kecil main langsir. Setiap katil wad kan ada langsir sendiri. Dia macam melompat-lompat.

"Dia sorokkan diri dari satu langsir ke langsir yang lain," dakwa wanita itu.

Pesakit yang sedang lemah dikatakan sering menjadi sasaran gangguan makhluk halus. -Gambar hiasan AI

Namun kata wanita itu, dia masih boleh bertahan kerana gangguan berkenaan tidaklah terlalu teruk.

"Muncul masa tengah sakit, memang layan sakit lagi baik daripada layan 'benda' tu. 

"Selagi 'benda' tu tak duduk bertenggek dekat saya, saya okay lagi.

"Setakat nak muncul sekejap, lepas tu hilang, lantak kau la," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi kisah masing-masing.

"Lepas bersalin, kan darah tumpah sampai tilam. 'Member' datang jenguk, merangkak weh.

"Ya, samalah saya dulu lepas bersalin. Tapi nak buat macam mana, tu tempat 'dia' kan?

"Saya dimasukkan dalam wad dekat dua bulan. Macam-macam saya jumpa," tulis beberapa netizen lagi.

Artikel Lain