Kesilapan membuat hutang baharu boleh menjadi punca kelulusan pinjaman perumahan ditarik balik. -Gambar hiasan AI
MEMBELI rumah pertama merupakan detik paling dinanti-nantikan oleh ramai individu, lebih-lebih lagi selepas melalui proses panjang seperti mendapatkan membayar wang tempahan, kelulusan pinjaman dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P).Namun tanpa disedari, masih ada pembeli rumah pertama yang melakukan kesilapan besar pada saat-saat akhir sehingga menyebabkan kelulusan pinjaman perumahan mereka ditarik semula oleh pihak bank. Seorang penasihat hartanah, @agent_iskandar.property berkongsi situasi ini bukan perkara asing, malah ada pembeli yang 'tersungkur' di garisan penamat hanya kerana membuat satu keputusan kurang bijak sebelum menerima kunci rumah."Loan rumah dah lulus. Anda dah bayar booking, dah sign S&P rumah. Rasa lega gila kan?"Tapi ramai pembeli rumah pertama 'tersungkur' di garisan penamat sebab buat satu benda ni sebelum dapat kunci," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Menyewa atau beli rumah sendiri, mana lebih praktikal? Ini perkara anda patut tahu sebelum menyesal seumur hidupTambah beliau, kesilapan yang dimaksudkan adalah membuat hutang baharu, terutamanya membeli kereta atau mengambil pinjaman peribadi sejurus selepas pinjaman perumahan diluluskan.Memiliki kediaman merupakan pencapaian yang diimpikan setiap individu. -Gambar hiasan AI"Mentang-mentang loan rumah dah lulus, anda pun terus pergi showroom kereta. Alang-alang rumah baru, kereta pun kena baru, fikir anda."Jangan buat kerja gila ni! Ramai tak tahu, bank sebenarnya akan buat final check atau semakan terakhir sebelum mereka keluarkan bayaran kepada pemaju."Kalau masa tu bank nampak ada hutang kereta baru atau personal loan baru dalam sistem CCRIS, bank berhak tarik balik kelulusan loan rumah serta-merta," katanya.Tambahnya, perkara tersebut boleh berlaku walaupun pembeli sudah membayar wang tempahan dan menandatangani S&P.Ini kerana komitmen baharu tersebut boleh menyebabkan Debt Service Ratio (DSR) atau nisbah khidmat hutang meningkat sehingga melebihi kelayakan yang ditetapkan oleh bank."Bayangkan deposit dah bayar, S&P dah sign, tapi rumah boleh terlepas sebab DSR dah 'pecah' akibat hutang kereta baru," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan pembeli rumah pertama supaya lebih berhati-hati dan tidak membuat sebarang komitmen kewangan baharu sehingga kunci rumah benar-benar berada di tangan.Antara perkara yang perlu dielakkan ialah:1. Jangan tambah komitmen baharu seperti pinjaman kereta atau pinjaman peribadi.2. Jangan menjadi penjamin kepada mana-mana individu.3. Elakkan menggunakan kad kredit sehingga mencapai had maksimum.Kesimpulannya, langkah berjaga-jaga ini penting bagi memastikan proses pembelian rumah berjalan lancar tanpa sebarang risiko kelulusan pinjaman ditarik balik pada saat akhir. Semoga bermanfaat!