Penggunaan peralatan elektrik akan meningkat pada musim perayaan, sekali gus menyebabkan bil elektrik melonjak. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali menjelang musim perayaan, suasana di rumah pasti lebih meriah apabila adik-beradik serta saudara-mara pulang berkumpul bersama.Rumah yang biasanya tenang bertukar menjadi lebih sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk memasak, menonton televisyen dan penggunaan pelbagai peralatan elektrik. Apabila lebih ramai berada di rumah, penggunaan pendingin hawa, lampu, peti sejuk serta peralatan elektrik lain turut bertambah, sekali gus menyebabkan bil utiliti melonjak pada bulan berikutnya.ARTIKEL BERKAITAN: Lipatan dah cantik, bercapuk bedak pula! Lega akhirnya jumpa petua hilangkan kesan solekan, peluh pada tudung!Bagi membantu orang ramai mengurus penggunaan tenaga dengan lebih bijak, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkongsi beberapa tip mudah yang boleh diamalkan bagi menjimatkan elektrik sepanjang musim perayaan.1. Matikan suis dan tanggalkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakanPerkara ini sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang.Walaupun sesuatu peralatan tidak digunakan, ia masih boleh menggunakan tenaga jika plag masih terpasang pada soket.2. Minimumkan penggunaan pendingin hawaPendingin hawa merupakan antara peralatan yang menggunakan tenaga elektrik paling tinggi di rumah.Sebagai alternatif, penggunaan kipas siling boleh dioptimumkan kerana ia menggunakan tenaga yang jauh lebih rendah namun masih mampu memberikan keselesaan.Pemilik kediaman disarankan mematikan dan mencabut suis barangan elektrik jika tidak digunakan. -Gambar hiasan AI 3. Kurangkan penggunaan pemanas air untuk mandiPenggunaan pemanas air juga boleh menyumbang kepada peningkatan bil elektrik.Mengurangkan penggunaannya atau menggunakan air pada suhu biasa boleh membantu menjimatkan tenaga.4. Atur barangan dalam peti sejuk dengan baikSusunan makanan dalam peti sejuk juga memainkan peranan dalam penggunaan tenaga.Pastikan barangan di dalam peti sejuk tidak terlalu padat supaya pengaliran udara dapat berlaku dengan baik.Pengaliran udara yang lancar membantu peti sejuk berfungsi dengan lebih efisien dan seterusnya menjimatkan penggunaan elektrik.5. Gunakan peralatan elektrik yang cekap tenagaPeralatan jenis ini direka untuk menggunakan tenaga yang lebih rendah tanpa menjejaskan prestasi, sekali gus membantu mengurangkan penggunaan elektrik dalam jangka masa panjang.Langkah keselamatan jika pulang ke kampungDalam pada itu, bagi mereka yang merancang untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti perayaan, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil sebelum meninggalkan rumah, antaranya:- Memastikan suis utama dimatikan serta mencabut plag peralatan elektrik yang tidak digunakan. Selain membantu menjimatkan tenaga, ia juga penting sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan risiko kebakaran.- Memastikan juga suis penapis air dimatikan dan plag dicabut sekiranya rumah ditinggalkan untuk tempoh yang lama.