suria

Bengang tak dapat nombor telefon, lelaki ‘bagi kaki’ kepada pekerja restoran... sudahnya gadis koyak tisu lutut, trauma nak kerja!

Rakaman CCTV menunjukkan Nadrah ditendang oleh seorang lelaki.

DAYUS betul awak buat perempuan macam tu.

Demikian kapsyen ditulis pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan seorang lelaki menendang bahagian lutut seorang remaja perempuan yang merupakan pekerja di sebuah restoran dalam kejadian pada Ahad.

Ketika dihubungi mStar, kakak kepada mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Fiza memperincikan semula apa sebenarnya yang berlaku kepada adiknya, Nadrah dalam video yang dimuat naik di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata kanan dikorek, muka dihentak lebih 20 kali! Wanita mangsa pukul tendang suspek kurang siuman guna ‘heels’ selamatkan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Buat prank kena pukul tapi pemuda terkejut sendiri, ayah tak buang masa terus call selepas terima mesej ‘gurauan bodoh’ – “Tak sempat saya sambung”

“Adik saya baru berusia 14 tahun. Dia tengah cuti sekolah sekarang ni dan buat kerja sambilan untuk cari duit belanja.

“Ada seorang lelaki ni selalu datang dan kacau adik saya tengah kerja. Dia kerap minta nombor telefon dan ganggu tapi adik saya tak layan.

“Dalam rakaman CCTV tu mula-mula dia maki adik saya dengan panggilan ‘betina si**’. Nadrah tak boleh terima kena macam tu jadi dia tengking semula ‘Kau kenapa!’ terus dia naik kaki lepas tu tendang adik saya,” dakwa Fiza.

Nadrah dikatakan hampir diserang setelah cuba melawan lelaki tersebut.

Selepas menendang Nadrah, lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan terus beredar keluar dari kedai makan tersebut yang terletak di kawasan Mersing, Johor.

Berikutan kejadian tersebut, adik Fiza terus menghubungi ibu mereka untuk menceritakan kejadian yang telah berlaku sebelum membuat laporan polis.

“Kalau kawan lelaki tu tak halang dia daripada terus tendang adik saya, tak dapat bayangkan apa akan jadi lagi lepas tu. Lepas mereka berdua keluar, adik terus telefon mak maklumkan kena tendang dengan lelaki tu. Mak ambil dan bawa adik pergi buat laporan dekat balai polis.

“Lepas siap buat report polis minta mak bawa adik pergi hospital. Tisu lutut adik saya terkoyak sebab kena terajang dua kali. Lelaki tu pakai kasut tapi saya tak pasti kasut apa.

“Sekarang adik saya dah tak pergi kerja sebab trauma dengan lelaki tu lepas dia ugut nak pukul kalau jumpa tepi jalan. Kasihan adik saya pergi kerja nak cari rezeki bukan nak menggatal dengan lelaki. Tiba-tiba boleh jadi macam ni pula,” jelas Fiza dengan rasa penuh terkilan.

Sekarang adik saya dah tak pergi kerja sebab trauma dengan lelaki tu. Kasihan adik saya pergi kerja nak cari rezeki bukan nak menggatal dengan lelaki.

FIZA

Menurut Fiza, sebagai kakak, dia berasa sangat berang dengan tindakan lelaki tersebut yang menendang adiknya apatah lagi dia merupakan seorang perempuan.

Tambahnya, setelah laporan polis dibuat, lelaki berkenaan berjaya ditangkap pada keesokan harinya.

WhatsApp Image 2022-06-07 at 2.32.55 PM

Tangkap layar perbualan Fiza dan adiknya.

“Apa-apa pun saya harap lelaki tu dapat balasan setimpal atas perbuatan tak bermoral dia terhadap adik saya ni. Saya harap perkara yang sama takkan berulang terjadi dekat orang lain pula,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain