suria

Murah jangan sampai jijik! Harga RM1 je, pelanggan tetap rasa teraniaya beli nasi lemak tahi ikan bilis... lebih rela dapat sambal kosong

Nora berkongsi luahan hatinya mengenai hidangan tersebut menerusi Facebook.

BUKAN sekali bukan dua kali, malah sudah acap kali kes peniaga makanan yang 'buat hal' ditularkan di media sosial.

Kali ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa nasi lemak yang dibeli oleh suaminya dipenuhi dengan tahi ikan bilis.

Menurut Nora Syida, 30, yang menetap di Klang, Selangor, dia kecewa dengan hidangan tersebut dan berasa teraniaya biarpun harganya cuma RM1 sebungkus.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual kebab guna roti sandwich, lebih geli tekak pedal ayam tak disiang... betul ke ‘scam’ bazar Ramadan makin menjadi-jadi?

ARTIKEL BERKAITAN: “Masing-masing tak ada hidung ke?” - Pelanggan malas turun, rider terpaksa redah sampah di flat demi tanggungjawab... ada samakan macam kandang!

"Nasi lemak itu dibeli di gerai tepi jalan. Suami yang beli pada hari Sabtu lepas. Biasalah bila hujung minggu, kita nak rehat malas nak masak.

"Bila buka daun pisang, tengok benda tu, terus rasa terkilan. Walaupun harga RM1 sebungkus, kalau saya jadi peniaga, saya tak tergamak nak buat macam tu kepada pelanggan. Terus rasa sedih masa tu.

"Saya berkata-kata sendiri... apa salah aku dapat benda macam ni? Kalau sambal kosong pun tak apa. Tapi ni siap ada tahi ikan bilis. Saya terkilan, tapi saya tetap makan sebab ia rezeki. Cuma saya alih tahi ikan bilis tu ke tepi," ujarnya.

Senang disapa Nora, dia turut berkongsi kisah terseut menerusi laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) sehingga menerima lebih 5,000 tanda suka (like).

nora 5

Nasi lemak itu dibeli di sebuah gerai tepi jalan pada Sabtu lalu.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia tidak berniat menjatuhkan peniaga tersebut, sebaliknya mahu kejadian yang dialami menjadi peringatan buat semua insan di luar sana.

"Ini kali pertama suami beli di kedai itu. Kami memang boikot terus, tak akan pergi beli lagi lepas ni. Dua-dua bungkus ada tahi ikan bilis. Padahal suami ke gerai itu awal, dalam jam 8 pagi.

"Saya cuma nak kongsi kisah ini sebagai peringatan kepada orang lain. Saya tiada niat nak malukan peniaga. Kalau tidak, mesti dari awal saya mention nama kedai. Saya bukan nak malukan atau buka aib peniaga," ujarnya.

Walaupun harga RM1 sebungkus, kalau saya jadi peniaga, saya tak tergamak nak buat macam tu kepada pelanggan.

NORA

Dalam temubual sama, Nora turut menitipkan pesan kepada golongan peniaga agar terus menjaga kualiti makanan yang dijual mereka.

"Mak saya pun peniaga nasi lemak. Kalau mak saya boleh bagi yang terbaik, kenapa peniaga lain tak boleh buat perkara yang sama? Peniaga kena ingat, pelanggan beli dengan duit. Kesianlah pada pelanggan.

"Bila saya buka ruangan komen, ramai yang berkongsi pandangan sama macam saya. Walaupun harga RM1, biarlah ia berbaloi. Kalau nak pelanggan datang selalu, perlu jaga kualiti makanan.

"Kalau sekadar fikir untung, memang pelanggan datang sekali je. Jadi peniaga yang akan rugi. Kebersihan sangat penting," ujarnya lagi.

nora 3

Antara komen netizen di Facebook.

Dalam pada itu, pelayar Facebook menerusi ruangan komen turut berkongsi pengalaman berdepan kejadian serupa.

Malah, mereka menitipkan nasihat kepada peniaga agar sentiasa ikhlas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan.

"Eh sama macam saya dapat hari tu. Tertanya-tanya, apalah yang peniaga tu fikir masa letak tu.

"Berniaga biarlah ikhlas. Duit kita dapat tak berkat kalau buat macam ni. Kesianlah pembeli tu.

"Ramai saya jumpa peniaga yang tak jujur. Di sebalik majunya perniagaan mereka, ada rezeki yang tak berkat," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain