suria

Jual kebab guna roti sandwich, lebih geli tekak pedal ayam tak disiang... betul ke ‘scam’ bazar Ramadan makin menjadi-jadi?

Kisah dua pelanggan yang kecewa itu tular menerusi TikTok dan Twitter.

KEWUJUDAN bazar Ramadan serta gerai-gerai di tepi jalan yang menawarkan aneka juadah menjadi 'penambah seri' setiap kali tibanya bulan puasa.

Di sebalik kemeriahan itu, ramai pelanggan turut mengadu apabila kualiti makanan yang dibeli tidak sepadan dengan harga, malah ada yang tidak mempunyai sebarang rasa dan sudah basi.

Terbaharu, seorang wanita dikenali sebagai Kyra Mali berkongsi satu video, memaparkan dirinya yang menjadi mangsa penipuan peniaga tepi jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Kak Long 7E melimpah-ruah, bisnes bazar makin kencang... Jadikan Ramadan bulan perbaiki akhlak, dekatkan diri kepada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Panas! Pengusaha bazar Ramadan ditegur jangan recycle makanan, cheese leleh tak payah

"Kena scam. Beli kebab tepi jalan. Nak makan masa berbuka tu terkejut dapat roti putih macam tu je. Nasib inti sedap," ujarnya, pada Sabtu.

Menerusi video yang dikongsi, makanan timur tengah itu dibalut menggunakan roti putih biasa yang sering digunakan untuk membuat sandwich.

Ia ternyata berbeza dengan roti kebab yang sering digunakan oleh peniaga-peniaga lain.

"Dilabel kebab tapi dapat roti putih macam ni je," tulis wanita itu lagi.

Menerusi hashtag pada video, kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu.

Selain meraih lebih 30,000 tontonan, ramai netizen turut meninggalkan komen menerusi posting tersebut.

"Hari ni pergi kedai tu balik, bagi dia balik. Cakap saya nak kebab bukan roti sandwich.

553

Pelanggan bazar tampil meluahkan kekecewaan mereka menerusi media sosial.

"Pelik kadang orang yang niaga ni. Apa niatnya sebelum berjual?

"Ya Allah, dah kenapa la peniaga hari ni? Tak berkatnya rezeki.

"Allah, kenapalah makin ramai tak jujur yang berniaga bazar Ramadan tahun ni. Tak berkat.

"Dah macam trend pula customer kena scam bulan puasa ni," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa individu lain turut berkongsi kekesalan mereka selepas menjadi mangsa peniaga bazar Ramadan tahun ini.

Rangka ayam tak cuci

Selain Kyra Mali yang menularkan video kebab di TikTok, seorang lagi pelanggan dikenali sebagai Pikasekri turut berkongsi kekecewaannya menerusi Twitter.

Menurut Pikasekri, dia terkejut apabila rangka ayam berharga RM5 yang dibeli bapanya dipenuhi dengan isi perut ayam.

bazar4

Kyramali tampil berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa scam peniaga kebab menerusi TikTok.

"Sampainya hati jual dekat orang yang puasa macam ni. Abah ada beli rangka ayam RM5 dekat bazar. Bila nak berbuka tu, terkejut tengok dalam rangka tu penuh isi perut ayam.

"Tak siang ke? Tengokla pedal pun tak cuci. Semata rangka celup tepung. Mak tak puas hati jadi mak potong. Memang betul pedal pun tak siang. Rezeki bagi kucing dengan anjing je makan.

"Kalau tak mampu berjual, janganlah aniaya orang macam ni sekali. Sedih abah balik beli untuk anak-anak makan. Sama-sama puasa kan?" tulisnya di Twitter.

bazar2

Pelayar Twitter dikenali sebagai Pikasekri berkongsi gambar rangka ayam RM5 yang dibeli bapanya.

Selain perkongsian gambar, dia turut memuat naik video memaparkan hidangan itu yang sedang dimakan oleh seekor kucing di kediamannya.

Dalam perkongsian panjang lebar, Pikasekri turut memberi peringatan kepada para peniaga agar sentiasa amanah dalam urusan jual beli.

"Abah kata beratur tadi orang beli makanan dekat bazar. Tak boleh nak bayangkan parents kita penat balik kerja then pergi bazar dengan harapan nak bawa balik berbuka dengan anak. Tapi turns out macam ni. Tolong ya, bagi saya ni satu penganiayaan.

"Berniaga dalam Islam ni, satu amanah. Salah satu punca pendapatan dan pahala. Tapi bila dah salahgunakan, boleh jadi punca saluran dosa. Berniaga kerana Allah dan keberkatan hidup bukan sekadar untung semata. Ingat tau peniaga yang lain. Allah yang satu.

bazar5

Menurut pengadu, rangka celup tepung itu dipenuhi dengan isi perut ayam.

Tambah Pikasekri, dia berharap peniaga bazar Ramadan memperbetulkan niat mereka dan meletakkan diri di tempat pelanggan sebelum menghasilkan juadah yang tidak berkualiti.

"But peniaga bazar Ramadan ni too much la kalau dah sampai tahap kebersihan tak terjaga macam ni. Mohon semua peniaga duduk kejap muhasabah diri tu betul ke tak aku buat ni. Betulkan niat dulu. Kalau jadi kat family kau, kau nak ke bagi family kau makan makanan macam ni?

"Aku ni bukannya nak jatuhkan peniaga Muslim atau nak tutup periuk nasi depa. Tak, bukan macam tu. Cuma sekadar perkongsian dan peringatan. Tak baik tau buat orang macam ni. Semoga ambil pengajaran lah daripada apa yang jadi. Nak maki, tapi Ramadan. Nak maki, tapi tambah dosa.

"Bila syaitan kena ikat, manusia pulak amik alih kerja dia. Tapi kita kena beringat juga bila dah ada kes macam ni, tak mustahil ada yang minta bantuan selain daripada Allah," tulisnya lagi.

Roti jala keras

Seorang lagi pelayar Facebook dikenali sebagai Widy Adelia turut berkongsi kekesalannya selepas membeli roti jala dan sebekas kuah durian di sebuah gerai di bazar Ramadan.

bazar6

Roti jala dan kuah durian yang mengecewakan.

"Allahuakhbar. Tak boleh jadi. Kakak nak cerita juga. Selepas enam hari menahan diri ke bazar, hari ni gigih meredah jam. Tengok gerai ni menarik, orang beratur panjang. Kita pun join beratur.

"Tapi, wahai seller silalah jujur. Teruk sangat kualiti yang awak jual sebekas kuah durian yang bukan ori durian, yang ada flavour je.

"Aduhai kecewanya. Roti jala awak sangat berminyak teruk. Keras. Betul saya tak suka complaint. Tapi awak sangat mengecewakan. Memang saya ada pilihan nak beli atau tak. Tapi kesian orang beratur panjang dengan kualiti awak sajikan," tulisnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain