suria

Gara-gara bawa isteri masuk ladang, suami terpaksa pakai tudung angkut sawit! Ramai tertipu sangka ‘kakak sado’ gagah buat kerja berat

Paan bekerja di ladang milik bapanya dengan mengangkut tandan buah kelapa sawit

PASTI ada sahaja halangan dan tiada jalan pintas dalam usaha kita mencari rezeki.

Penat sudah semestinya akan dirasai, tetapi ada juga yang sanggup melakukan perkara luar jangkaan demi memperoleh duit yang halal.

Begitu juga dengan Farhan Matnu, 23, yang terpaksa memakai tudung milik isterinya, Nor Ainayati Dasri, 24, semasa melakukan kerja-kerja mengangkat tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen marah tayang aurat isteri di TikTok, siap bersanggul tinggi... Makin geram tengok video kedua, Lando Zawawi pun kena ‘petik’

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Dah cecah 60 tahun, badan tetap sado berketul-ketul... anytime boleh masuk bertanding, tapi siapa sebenarnya atuk 6 cucu ini?

Menurut lelaki yang senang disapa Paan ini, dia sebenarnya memakai topi semasa bekerja tetapi akhirnya menyarung tudung isteri bagi mengelakkan habuk dan hampas yang terkeluar dari sawit.

Jelas jejaka yang sudah berumah tangga selama lebih tujuh bulan ini, isterinya yang menganggap tindakannya itu lucu telah membuat rakaman tanpa pengetahuannya ketika dia sedang leka bekerja.

“Mula-mula tu saya saja duduk dengan isteri dekat ladang sebelum memulakan kerja. Tiba-tiba isteri ambil dan pakai topi saya. Lepas tu dia sarungkan tudung yang dia pakai tu dekat saya.

“Saya pun teruskan saja pakai lagipun dekat ladang tak ada orang nampak. Saya pakai sambil angkat buah kelapa sawit. Bagus juga idea dia sebab saya boleh elak terkena habuk-habuk yang keluar dari buah kelapa sawit tu.

“Isteri saya memang jenis suka melawak dan mengacau saya. Pakai tudung tu pun idea dia juga. Jadi masa saya tengah fokus buat kerja, dia rakam saya yang tengah pakai tudung dia,” jelas Paan ketika dihubungi mStar.

46BCDE03-B392-4D86-B60E-4E70053D0B5F

Netizen tersalah sangka dengan beranggapan bahawa Paan merupakan seorang perempuan dan menggelarkan dia sebagai ‘akak sado’.

Menurut jejaka yang menetap di Padang Piol, Jerantut ini, dia tidak memiliki sebarang tudung khusus untuk melakukan kerja dan itu merupakan kali pertama dia memakai tudung tersebut.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, ramai telah tersalah anggap bahawa Paan merupakan seorang ‘akak sado’ yang gagah melakukan kerja-kerja lasak di ladang sawit.

Saya tak ambil hati pun bila video tu viral dan orang panggil ‘akak sado’. Saya dan isteri anggap benda tu lawak saja bila baca komen-komen netizen.

PAAN

Lebih-lebih lagi apabila kebetulan baju yang dipakai pada hari tersebut berpadanan dengan warna tudung yang dipakai oleh isterinya.

“Ya Allah tadi aku ingat perempuan bertudung dan sado.

c3e811cd-3a55-4ca4-a355-688304d99f14

Paan telah mendirikan rumah tangga lebih tujuh bulan sehingga kini.

“Yang penting abang pandai matching-matching colour baju dengan tudung.

“Baru nak komen sadonya akak ni, last-last rupanya Abang Jamal,” demikian antara komen netizen.

Menurut Paan yang merupakan anak kelapan dalam 10 orang adik beradik, dia memuat naik video tersebut hanya untuk suka-suka namun tidak menyangka rakaman itu menjadi tular.

“Saya saja post video tu sebab nak ikut trend di TikTok. Lagipun susah sekarang nak cari rezeki apatah lagi dengan musim hujan macam ni.

8e1a3f0a-d37e-4ee9-93ee-4e94ec97cf9b

Pasangan ini tidak mengambil serius dengan gelaran yang diberikan kerana beranggapan bahawa ia sebagai jenaka sahaja.

“Bagi saya, selagi boleh cari rezeki yang halal, kita buatlah apa saja janji boleh menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.

“Saya tak ambil hati pun bila video tu viral dan orang panggil ‘akak sado’. Saya dan isteri anggap benda tu lawak saja bila baca komen-komen netizen. Lagipun tak ada sebarang kecaman sampai sekarang,” jelas Paan.

Untuk rekod, sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan dan lebih 4,000 komen daripada para warganet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain