suria

Kekasih hantar mesej masa kelas online, pelajar lelaki teruk kena bahan terpanggil pensyarah ‘sayang’!

Video lucu Aniq yang terpanggil pensyarahnya sebagai 'sayang' meraih lebih 2.7 juta jumlah tontonan.

SEJAK pandemik Covid-19, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (online) seakan-akan 'sebati' sehingga kini walaupun kerajaan sudah membenarkan sesi secara bersemuka.

Jika dilihat pada perkongsian di media sosial, pelbagai insiden yang ditempuhi sama ada oleh pelajar mahupun pendidik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran online.

Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki berdepan detik memalukan apabila tersasul memanggil pensyarahnya dengan panggilan 'sayang' ketika mahu bertanya soalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertidur ketika kelas online, bapa pula buat ‘onar’ sampai kena perli... yang pasti minta maaf pada guru - “Dugaan duduk rumah memang banyak...”

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah urut dada dengar jeritan pelajar marah adik ketika kelas online, semua ni ‘salah’ mikrofon! - “Saya tak garanglah...”

Mana tidaknya, ungkapan tersebut dapat didengari dengan jelas gara-gara pelajar berkenaan membuka mikrofon pada laptopnya.

Mengimbas kembali insiden lucu yang berlaku beberapa hari lalu, pelajar bernama Aniq Dzafri Alfian, 19, berkata, ketika itu dia dan rakan sekelasnya sedang mengikuti kelas bagi subjek Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam yang diajar pensyarah yang dipanggil Ustaz Shukri.

"Ketika itu mikrofon memang dah dibiarkan terbuka kerana saya sedang bersedia mahu bertanya soalan kepada ustaz. Saya nak bertanya bagi pihak rakan-rakan dan soalan pun dah ready.

"Jadi bila ustaz buka sesi soal jawab, saya pun bersemangat nak bertanya. Ketika itu pula kebetulan ada notifikasi masuk dekat telefon bimbit dan tiba-tiba mulut saya tersasul.

ustaz shukri

Pensyarah bernama Ustaz Shukri turut menyakat Aniq selepas insiden tersasul tersebut.

"Perasaan waktu itu automatik terus rasa malu... siap kawan-kawan 'bahan'. Nasib baik tersasul perkataan biasa-biasa saja," ujar penuntut semester dua di Politeknik Merlimau, Melaka ini.

Senang disapa sebagai Aniq, remaja ini berkata daripada rasa malu, situasi kelas online kemudiannya bertukar menjadi gamat dan lucu apabila pensyarahnya spontan menyahut panggilan 'sayang' daripadanya.

aniq 1

Aniq (belakang, kanan) bersama rakan-rakan sekuliah di Politeknik Merlimau.

"Ustaz Shukri pula siap melayan. Dia sakat juga sekejap dan kemudian keadaan kembali normal. Dia bertanya kembali apa soalan yang saya nak tanya sebentar tadi.

"Ustaz Shukri baru mengajar saya dan rakan sekelas untuk semester dua. Beliau memang seorang pensyarah yang sporting, baik dan bukan jenis suka marah... dia chill saja," ujarnya yang mengambil jurusan Pengurusan Acara.

Mak saya pun sampai tahu video tu viral. Saya tak pasti Ustaz Shukri tahu atau tidak, tapi video ni dah masuk laman Facebook Politeknik Merlimau.

ANIQ

Tambah pelajar yang berasal dari Puchong, Selangor ini, dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian warganet sehingga meraih melebihi 2.7 juta jumlah tontonan.

"Tujuan saya share video itu di TikTok sebab kelakar. Saya muat naik untuk tatapan rakan-rakan followers saja. Entah macam mana, tiba-tiba video blow up dalam masa beberapa jam.

"Mak saya pun sampai tahu video tu viral. Saya tak pasti Ustaz Shukri tahu atau tidak, tapi video ni dah masuk laman Facebook Politeknik Merlimau.

komen

Netizen turut terhibur dengan perkongsian video lucu Aniq.

"Ramai yang komen pasal ustaz tu sempoi. Ada juga yang tanya macam mana boleh tersasul. Apa pun selepas ni saya kena lebih berhati-hati dan pastikan mikrofon tutup dahulu sebelum bersuara.

"Secara tak langsung, video ini 'memperkenalkan' Politeknik Merlimau. Apa yang boleh saya katakan, suasana belajar di sini memang best. Saya sarankan kepada adik-adik yang bercadang nak sambung belajar, mungkin boleh letakkan Politeknik Merlimau dalam senarai institusi pilihan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain