suria

Gigih belajar buat biskut anime tapi pelanggan sayang nak makan, bekas pembantu operasi kini gembira bisnes sepenuh masa

Minat mendalam terhadap anime mendorong Asmiza menghasilkan cookies sekali gus menjana pendapatan menerusinya.

SAYANGNYA nak makan!

Demikian luahan pelayar media sosial selepas melihat kepingan biskut dengan watak-watak anime.

Mana tidaknya, antara watak yang sering dihasilkan adalah Tanjiro Kamado dan adiknya Nezuko Kamado, The Forger Family, One Piece dan sebagainya yang menjadi kegilaan peminat genre berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Form 2 jual lukisan anime di TikTok... kalau boleh nak langsaikan hutang keluarga, beli sofa baharu - “Hujan, panas mak tetap menyapu”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bertudung minat cosplay, mahu jadi muslimah kreatif... Abai kecaman dituduh tak matang macam budak-budak

Malah ramai yang tidak menyangka bahawa selain cosplay, peminatnya juga akan menghasilkan biskut persis bentuk wajah anime.

Walaupun baru bermula, namun permintaan cookies anime yang dihasilkan Asmiza Zulkifli telah mendapat permintaan tinggi.

Bercerita kepada mStar, anak jati Batu Pahat di Johor itu berkata pada mulanya dia menjual biskut pisang yang disediakan rakannya.

"Bermula Mac 2021, saya hanya jual banana cookies yang kawan supply. Tapi pada masa tu, saya cuma ubah bekas kerana inspired dengan satu siri anime bertajuk Banana Fish.

"Dua bulan kemudian saya mula rasa satu produk macam tak cukup. Lepas itu cuba buat butter cookies yang diilhamkan daripada cerita anime.

"Acuan hanya guna apa yang saya jumpa dalam aplikasi e-dagang sahaja, antaranya Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer," ujarnya yang merupakan peminat tegar genre animasi berkenaan.

Dia juga gemar melancong ke negara asing.

Dia juga gemar melancong ke negara asing.

Menurut anak gadis berusia 29 tahun itu lagi, disebabkan mendapat banyak permintaan untuk menghasilkan cookies berdasarkan watak anime yang lain, dia berusaha mempelajari asas membuat biskut gula.

Dia juga sanggup mengikuti kelas secara dalam talian bagi memahirkan diri menghasilkan produk mengikut permintaan.

Tambahnya, kira-kira dua minggu masa diperlukan untuk mendapatkan konsistensi icing yang betul.

"Ramai yang minta saya hasilkan anime lain tetapi acuan sangat terhad dan tidak semua watak ada.

"Jadi saya terfikir untuk buat sugar cookies supaya ramai boleh custom.

Antara watak yang dihasilkan.

Antara watak yang dihasilkan.

"Bagi mendapatkan asas berkaitannya, saya belajar online untuk dekorasi berasaskan gula," luahnya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut dalam kalangan baker yang memberi tunjuk ajar bagi mendapatkan warna yang betul.

Mengakui pada awalnya dekorasi biskut yang dihasilkan tidak cantik dan menepati kriteria untuk jualan, Asmiza menyatakan dia tidak yakin untuk menjualnya.

"Mula-mula memang tak berapa nak cantik sebab masih baru. Jadi tak mulakan jualan lagi sebab belum yakin.

"Bermula Disember 2021, barulah saya rasa yakin nak open custom sampai sekarang. Tambahan pula hasil dekorasi dan lukisan semakin memuaskan.

"Ekoran itu, saya tidak terhad kepada anime sahaja sebaliknya turut menghasilkan biskut yang menggambarkan potret dan wajah manusia.

Pelanggan boleh custom biskut mengikut citarasa masing-masing.

Pelanggan boleh custom biskut mengikut citarasa masing-masing.

"Cuma sasaran utama pembelian saya memang dalam kalangan peminat anime," jelasnya.

Bezanya biskut yang dihasilkan ini tidak mempunyai pelbagai perasa.

"Ia adalah cookies biasa berperisa vanila yang mempunyai icing keras di atasnya.

"Dari segi rasa ia manis tetapi kita boleh hias mengikut citarasa atau minat masing-masing.

"Walaupun sesuai dijadikan hadiah, biskut ini boleh dimakan kerana bahan-bahannya terdiri daripada gula, tepung, telur, esen vanila untuk menghasilkan biskut manakala icing daripada meringue powder iaitu putih telur yang sudah dijadikan serbuk," katanya.

Asmiza gembira dengan bisnes cookies anime yang baru diceburi.

Asmiza gembira dengan bisnes cookies anime yang baru diceburi.

Bercerita mengenai kuantiti yang boleh dihasilkan dalam tempoh sehari, ujarnya, ia bergantung kepada tempahan yang diterima.

Namun katanya, paling maksimum adalah 30 keping biskut yang dapat didekorasi mengikut watak anime.

Bagaimanapun, biskut mengambil masa semalaman untuk betul-betul kering dan ia memerlukan kesabaran tinggi jika watak yang ditempah itu melibatkan pelbagai warna.

"Susah jika terlalu banyak warna sebab nak kena bancuh dan tunggu kering untuk buat layer tambahan," tambahnya yang menjual biskut dengan harga bermula RM3.50 sehingga RM7 mengikut saiz dan minimum pesanan adalah enam keping.

Kerja lama tu saya burn out teruk... tapi macam tak ada career development sebab itu, saya nekad berhenti.

ASMIZA

Seperti perniagaan lain, Asmiza juga tidak terkecuali diuji dengan pelbagai cabaran terutama dalam kalangan pelanggan.

Ujarnya, masalah yang sering diterima adalah cookies sering pecah kerana tidak mengetahui teknik pembungkusan dengan betul.

Ia bagaimanapun berjaya diatasi dengan baik.

Permintaan terhadap penghasilan pelbagai watak anime sangat tinggi.

Permintaan terhadap penghasilan pelbagai watak anime sangat tinggi.

"Tapi aduan parcel hilang tu masih lagi membelenggu saya. Bila hilang, saya terpaksa refund dan buat semula tempahan berkenaan," katanya yang juga sering bertemu dengan 'ghosting customer'.

Menurutnya yang kini melakukan perniagaan cookies anime secara sepenuh masa, keputusan yang dibuat sangat berat namun dia akur demi masa depan.

Mengimbau tugasan sebagai pembantu operasi selama hampir empat tahun, katanya, pekerjaan tersebut dilihat tidak mempunyai 'masa depan'.

"Kerja lama tu saya burn out teruk... tapi macam tak ada career development sebab itu, saya nekad berhenti dan belajar baking yang lebih menyeronokkan serta kurang stres.

"Lagi pula ia memang minat sendiri dan tidak disuruh oleh orang lain," ceritanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain