suria

Mata kanan dikorek, muka dihentak lebih 20 kali! Wanita mangsa pukul tendang suspek kurang siuman guna ‘heels’ selamatkan diri

Wanita ini telah diserang oleh seorang gelandangan yang kurang siuman.

SETIAP hari kita dihidangkan dengan pelbagai kisah jenayah yang mengancam keselamatan terutama sekali golongan wanita.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Hemi Mohd, yang dipercayai suami kepada mangsa samun dan pukul di sebuah pusat beli belah di Center Point Mall Klang, Selangor, dia melahirkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa isterinya, Fuza Nordin.

"Astagfirullahalazim. Mohon doakan keselamatan isteri saya. Ya Allah, Allah Maha Besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tersentak bawa gelandangan tak pernah makan McD, asyik ulang ungkapan sama untuk setiap jenis makanan yang dimakan

ARTIKEL BERKAITAN: Berani nak tunjuk ‘burung’ dalam hujan, wanita trauma lelaki gila seks di Chow Kit cuba buka pintu kereta!

"Isteri saya Fuza Nordin diserang, diragut dan dipukul di kaki lima jalan nak masuk ke Centre Point Mall Klang setelah park kereta di hadapan Pizza Hut Jalan Taiping pada pukul 10.30 pagi.

"Diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, dipercayai kurang siuman. Dia diketuk lebih 20 kali menggunakan handphone isteri saya sendiri, ditendang dan dipukul serta dikorek mata kanannya," jelasnya.

Dalam kejadian pergelutan selama 15 minit ini, isterinya dikatakan ditendang tanpa ihsan oleh suspek sehingga isterinya menjadi trauma.

Posting asal mengenai kes yang tular.

Sementara itu menerusi satu siaran langsung (live) dibuat di Facebook milik mangsa sendiri, wanita ini menceritakan semula bagaimana situasi semasa diserang oleh suspek itu pada Rabu lalu.

Walaupun diserang dengan tragis, wanita ini berkata dia tetap cuba melawan suspek bagi menyelamatkan diri.

"Setelah diserang daripada belakang secara bertubi-tubi, diketuk dengan keadaan darah berlumuran, saya palingkan muka semata-mata untuk tengok wajah si penjenayah.

Siaran langsung (live) di Facebook yang dibuat oleh mangsa menceritakan keadaan sebenar ketika diserang.

"Namun saya serang dia semula dengan satu tendangan. Saya pakai kasut tumit tinggi. Atas alasan itu, penjenayah melepaskan dan mencampakkan telefon ke tanah di sebelah kiri saya dan melarikan diri selepas kepala dan mata saya dipijak dan dikorek oleh tangannya.

"Saya memohon pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat rondaan dan menagkap sekiranya lelaki tersebut kategori tidak waras dan mendapatkan waran mahkamah bagi menempatkan lelaki tersebut di Hospital Tanjung Rambutan," ujarnya penuh kesal dengan kejadian itu.

Pada perkongsian itu juga mangsa menunjukkan kesan cedera teruk di bahagian muka dan kepalanya sehingga berlumuran darah.

Kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, polis menggambarkan suspek merupakan seorang gelandangan, berbadan kurus, berkulit sawo matang, berambut panjang paras bahu dan dianggarkan berumur 40an.

"Pihak polis membuka kertas siasatan bawah seksyen 393 kanun keseksaan.

Hemi berkongsi gambar yang didakwa adalah suspek yang menyerang isterinya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat tepat berkaitan suspek bolehlah berhubung dengan balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat," katanya.

Wanita yang bernasib malang itu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) serta laporan polis berkaitan perkara itu dibuat di Balai Polis Klang Selatan.

Posting mengenai insiden tersebut di Facebook meraih perhatian warganet selain ada yang turut berkongsi pengalaman serupa malah meluahkan rasa bimbang akan keselamatan masing-masing.

Perkongsian terkini Hemi.

Selain itu, dalam hantaran terbaharu di Facebook, Hemi memuat naik satu gambar menunjukkan lelaki yang disyaki sebagai suspek kes samun membabitkan isterinya.

Lelaki itu turut merayu bantuan orang awam untuk menyebarkan maklumat agar suspek segera diberkas.

Sehingga kini difahamkan suspek belum dapat dikesan dan masih menjadi buruan polis.

Untuk rekod, posting tersebut dikongsikan semula melebihi 2,800 kali oleh pengguna lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain