suria

Berani nak tunjuk ‘burung’ dalam hujan, wanita trauma lelaki gila seks di Chow Kit cuba buka pintu kereta!

Wanita ini ketakutan semasa kejadian yang menjadi kenangan pahit buat dirinya ini berlaku.

SITUASI kaum wanita ditinggalkan di dalam kereta di kawasan parkir buat seketika apabila pasangan masing-masing menyelesaikan sesuatu urusan adalah perkara biasa.

Namun pengalaman menjadi mangsa lelaki gila seks yang melakukan gangguan seksual ketika berseorangan di dalam kenderaan sudah pasti menjadi mimpi ngeri.

Seperti yang berlaku terhadap wanita bernama Emma Arifin, 42, dia berdepan detik cemas apabila seorang lelaki cuba membuka pintu kereta ketika dia berseorangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “You perah sendiri ke susu tu?” - Selepas lebih sebulan, gadis bertudung labuh pula dakwa jadi mangsa gangguan seksual polis ketika lalu SJR... dah macam tak bertamadun!

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis didakwa lakukan gangguan seksual ketika sekatan jalan raya dikenal pasti - Bukit Aman

Bercerita kepada mStar, Emma memperincikan kisah ketika dia sedang menunggu suaminya, M. Zakwan M Zaid, 29 dan anak mereka, M. Adam Mikhail M. Zakwan, 5, keluar ke kedai gunting rambut sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Suami dengan anak saya pergi gunting rambut dekat kedai seberang jalan. Saya tak ikut pun, jadi hanya tunggu dalam kereta saja. Lagipun waktu pukul enam petang tu tengah hujan.

"Baru lima minit mereka keluar, tiba-tiba ada seorang lelaki datang dekat kereta saya. Saya tengok dia macam kurang siuman. Pakaian dia pun nampak kotor dan tidak terurus.

"Orang macam ni dah selalu saya tengok dekat kawasan ni tapi dia ni macam bersungguh datang dan laju je tangan dia cuba buka pintu kereta," jelas Emma.

Emma sedang menunggu suami dan anaknya di dalam kereta semasa har kejadian.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, anak jati Kelantan ini bersyukur kerana dia sempat mngunci pintu dari dalam.

Jelas Emma, lelaki berkenaan membuat beberapa percubaan untuk membuka pintu keretanya walaupun sudah dikunci.

"Perasaan masa tu hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya saya sebab suami dah jauh dari kereta. Lebih daripada tiga kali juga dia cuba nak buka pintu kereta.

Emma bersama suami dan salah seorang anak lelakinya.

"Sekitar 15 minit juga lelaki tu berdiri dekat luar kereta tu walaupun tengah hujan. Tiba-tiba saya nampak dia buka zip seluar tapi tak lama lepas tu dia tutup semula. Saya tak tahu apa yang dia buat sebab takut sangat jadi saya cuma rakam saja.

"Dia ada keluarkan sesuatu daripada poket baju tapi saya tak perati apa yang dia ambil. Tiba-tiba macam calit sesuatu dekat kereta sebelum beredar," ujarnya.

Jangan jadi macam saya, suami dah keluar lebih lima minit pun masih tak lock pintu.

EMMA ARIFIN

Kata ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi, ketika kejadian dia tidak dapat menghubungi suaminya bagi mendapatkan bantuan kerana telefon bimbit ditinggalkan di dalam kereta.

Berikutan perkongsian di TikTok hingga meraih lebih 2.5 juta tontonan itu, netizen turut memberikan komen menyatakan mereka takut dengan apa yang terjadi kepada Emma.

Komen beberapa netizen.

"Saya kongsikan video tu dekat TikTok sebagai peringatan untuk semua orang terutama sekali bagi kaum wanita supaya lebih berhati-hati.

"Jangan jadi macam saya, suami dah keluar lebih lima minit pun masih tak lock pintu. Tapi nasib saya baik sebab sempat kunci pintu sebelum lelaki tu berjaya masuk dalam kereta. Kalau tak... tak tahu macam manalah nasib saya masa tu.

"Apabila saya baca komen ramai berterima kasih sebab share benda ni. Mereka pun sama macam saya selalu lupa kunci pintu kereta dari dalam. Jadi ada kebaikan juga saya kongsi video tu dan bukan berniat nak aibkan sesiapa," kata Emma.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain