suria

Dapat banyak hadiah, guru anggap ‘bekas kecil dalam plastik merah’ pemberian murid paling bermakna... sangat dalam isi tersiratnya!

Tangkap layar video seorang guru menerima hadiah daripada murid sempena Hari Guru.

SAMBUTAN Hari Guru pada 16 Mei dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan.

Bagaikan tradisi setiap kali sambutan itu, guru juga dihujani pelbagai hadiah daripada para pelajar sebagai menghargai golongan pendidik.

Namun, di sebalik keterujaan menyambut hari istimewa itu, seorang guru menerima satu hadiah yang tidak disangka-sangka daripada seorang pelajarnya, pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan buka sekarang, saya malu" - Guru tak akan lupa bisikan murid yatim pada hari jadinya, meruntun hati tengok hadiah dalam kotak kasut

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut prank hadiah RM50, guru pening cari minyak angin, sebak fikirkan murid jual lukisan kumpul duit "Terima kasih Farhana"

"Hari ni sekolah saya ada buat sambutan Hari Guru. Bila dah sampai rumah, buka-buka hadiah, ternampak satu beg plastik merah.

"Bila buka, ada semangkuk nasi goreng telur," tulis seorang guru menerusi satu video yang dikongsikannya di laman sosial pada Selasa.

Menerusi video berdurasi 19 saat, guru tersebut mengeluarkan sebuah bekas kecil yang mengandungi nasi goreng bersalut telur.

Tiada kad ucapan mahupun riben sebagai hiasan, hadiah yang diberikan kepada guru tersebut cukup ringkas tetapi bermakna.

hadiah nasi goreng 3

Seorang guru menerima hadiah berupa nasi goreng telur. -Gambar hiasan

Di sebalik hadiah di dalam bungkusan plastik merah itu, ternyata mengundang sebak guru berkenaan yang mengenangkan kepayahan ibu kepada pelajarnya demi sambutan Hari Guru.

"Bila nampak nasi goreng tu, tiba-tiba rasa sebak. Betapa berusahanya mak dia bangun packing makanan untuk cikgu, hadiah daripada anak dia.

"Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku," ujarnya ringkas.

Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku.

GURU

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sayu mereka terhadap pengorbanan murid dan keluarganya dalam menggembirakan guru.

Mereka menyifatkan pemberian itu dilakukan dari hati yang ikhlas dengan membayangkan pelajar berkenaan dibesarkan dari keluarga yang bukan senang.

"Keikhlasan itu penting.

"Bila dapat hadiah-hadiah biasa rasa lagi luar biasa terharunya kan. Selamat Hari Guru.

"Allahu... sungguh kadang-kadang kita tak sangka pemberian yang sebegini sangat dalam isi tersiratnya. Sebolehnya si ibu tetap nak anak dia ada sesuatu," demikian antara komen netizen.

hadiah nasi goreng 2

Antara komen-komen netizen.

Malah, ada yang menyifatkan guru tersebut begitu disenangi ramai sehingga ada murid yang sanggup bersusah-payah untuk menghadiahkan sesuatu meskipun sebekas kecil nasi goreng.

"Walaupun dia kekurangan, tapi dia tetap nak bagi sesuatu dengan cikgu.

"Saya menangis. Betapa ibu itu menghargai cikgu. Mesti cikgu seorang guru yang hebat," tambah netizen.

Video yang dikongsikan di akaun TikTok @zsickseeksix pada Selasa meraih hampir 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 12 jam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain