suria

Sengsara anak sulung! Ibu bapa paksa beli kereta dan rumah untuk keluarga sebelum kahwin... Disuruh pula cari menantu kaya

Wanita tersebut buntu kerana tersepit di antara keluarga dengan masa depannya. Gambar hiasan.

MEMEGANG title sebagai anak sulung sememangnya bukan mudah kerana ia datang dengan tanggungjawab.

Lazimnya anak sulung bukan sahaja diharapkan untuk menjaga adik-adik, menjadi pembimbing atau role model kepada adik beradik lain tetapi juga menggalas tanggungjawab untuk menyara keluarga di mana tugas itu berterusan sehingga meningkat dewasa.

Boleh dikatakan perkara tersebut menjadi salah satu faktor mengapa ada sesetengah individu dalam kategori anak sulung lambat mendirikan rumah tangga kerana memberi prioriti kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat tak letih ke jadi anak sulung?” - Si cilik membebel sambil main handphone ibu... kenapa ramai ucap terima kasih, siap nak lantik jadi presiden persatuan!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung beli kereta pertama... bapa bangga sanggup ‘lari’ kejap dari tempat kerja, siap buat kejutan di showroom - “Lama ayah menangis...”

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita bergelar anak sulung ini mengenai situasi yang dihadapinya lebih perit dek kerana sikap ibu bapa yang didakwa agak materialistik.

"Saya anak sulung, parents saya macam tak kasi saya kahwin, alasannya mereka suruh saya beli kereta dan rumah famili dulu. Dan mereka mengharapkan saya tolong tanggung adik-adik saya yang masih bersekolah.

luahan 1

Luahan wanita berkenaan yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.

"Saya bukan tak nak tolong tapi kadang-kadang saya fikir itu bukan tanggungjawab saya. Sepatutnya parent saya yang kena tanggung adik-adik. Beli rumah sendiri. Kalau beli rumah guna nama saya, nanti macam mana saya nak beli rumah lepas kahwin?," luahnya menerusi mesej yang dikongsikan di Twitter @twtmalaywedding.

Menurut wanita berusia 25 tahun itu, dia sudah lima tahun menjalin percintaan dengan teman lelaki yang dikenali ketika sama-sama menuntut di universiti.

Kata wanita tersebut, teman lelakinya juga sudah menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya namun situasi yang dihadapi ketika ini membuatkannya belum bersedia kerana tersepit antara keluarga dan masa depan.

"Saya bekerja di Kuala Lumpur, duit gaji saya RM2,000 dan selepas tolak EPF dan Socso tinggal RM 1,800. Wang RM500 saya bagi parents, bil Astro dengan Wifi rumah saya tolong bayarkan.

luahan 2

Wanita berkenaan buntu apabila diminta untuk membeli kereta dan rumah untuk keluarganya sebelum mendirikan rumah tangga. Gambar hiasan

"Setiap bulan selepas gaji saya belanja famili makan, saya orderkan Foodpanda. Baki tolak dekat saya lebih kurang RM1,000. Itulah nak simpan, nak makan, nak bayar itu ini.

"Sekarang apabila saya cakap nak kahwin, parent saya macam tak setuju sebab teman lelaki bukan anak orang kaya. Kalau boleh mereka nak saya cari lelaki kaya.

"Parent saya cakap kalau nak kahwin pastikan lelaki tu kena ada kereta, rumah dan hantaran paling kurang RM20,000. Kadang saya malu, famili saya pun tak kaya, takkan saya nak cari anak Datuk atau anak Tan Sri?," luahnya lagi.

Benda ni jadi susah sebab dia perempuan, bapa kena jadi wali. Kalau dia lelaki senang sikit, boleh nikah terus.

NETIZEN

Tambah wanita itu lagi, walaupun teman lelakinya bersungguh-sungguh mahu memperisterikannya, namun sikap kedua orang tuanya membuatkan dirinya sedih dan buntu.

"Saya nak minta pendapat dan nasihat. Saya buntu dan tak tahu nak luah dekat siapa," katanya.

Perkongsian tersebut meraih lebih 700 retweet malah ruangan komen pula 'meriah' dengan cadangan dan pandangan netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dialami wanita tersebut.

komen

Antara komen netizen yang meluahkan rasa simpati selain turut berkongsi pengalaman.

"Kesiannya.... ada ya famili macam ni. Siap nak anak kahwin dengan orang kaya. Semoga dipermudahkan urusan untuk awak berkahwin ya. Tak payahlah beli kereta dan rumah famili... naya nanti tak tertanggung pula.

"Benda ni jadi susah sebab dia perempuan, bapa kena jadi wali. Kalau dia lelaki senang sikit, boleh nikah terus.

"Saya faham apa yang awak rasa. Tak pernah minta dilahirkan sebagai anak sulung. Penat sangat kena itu dan ini. Serba tak kena. Doakan awak kuat hadapi semua dan dipermudahkan urusan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain