suria

Guru sebak, uncle Grab luah peritnya kurang job... disamakan seperti Ebit Lew, cium duit semasa hulur bayaran lebih – “Seringgit dua boleh buat orang lain tersenyum”

Seorang guru berkongsi kisah seorang pemandu Grab berbangsa Cina yang menyebut nama Ebit (kiri).

MUNGKIN kita berasa susah, tetapi sebenarnya ada yang lebih susah daripada kita.

Dalam kesusahan mereka, mungkin juga terdapat individu yang tampil untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban.

Setiap kebaikan mereka dikongsikan dan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk melakukan perkara yang sama tanpa mengira siapapun mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun tinggal di longgokan sampah, keluarga daif dapat kehidupan baharu selepas 2 jam Ebit Lew tiba - "Kita satu bakul sampah cepat buang ke luar"

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew akui malu, dilayan TMJ macam kawan... pegang kata-kata keramat,"Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya bantu rakyat"

Bak kata pepatah, yang baik itu jadikan teladan, perkara yang buruk dijadikan sempadan.

Seorang guru berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk mengambil keretanya di bengkel, sambil memuji keperibadian pemandu tersebut.

"Yang bawa Grab masa tu seorang uncle Cina. Peramah orangnya. Banyak dia bercakap tot te tot tet, saya pun iyakan jelah," tulis Muhammad Yusof di laman Facebook.



Ebit (kiri) memberi bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. foto Facebook Ebit Lew

Namun, penceritaan panjang pemandu yang mendedahkan dirinya mengalami kesulitan mencari sumber pendapatan mengundang sebak guru itu.

"Dia kata sekarang dia kurang pelanggan, saya rasa sedih juga. Dia kata minggu lepas sampai masa kereta nak kena servis, banyak juga dia kena keluar duit.

"Kasihan juga kat uncle ni. Bila sampai kat bengkel saya tanya berapa uncle walaupun dah tahu. Dia kata RM5. Saya hulur RM10. Saya kata baki uncle simpan ya," ujarnya.

Bukannya nak kena derma RM1,000 sekelepuk pada orang susah. Cukup bila ada rezeki lebih, hulur-hulurlah pada yang memerlukan

MUHAMMAD YUSOF

Pada mulanya pemandu tersebut menolak sumbangan itu tetapi Muhammad Yusof berkeras untuk menghulurkannya buat keluarga pemandu itu.

"Dia kata tak apa. Saya kata tak apa, bagi anak-anak uncle. Lepas tu dia cium duit tu dan tak berhenti dia ucap thank you, thank you kat saya.

"Tiba-tiba dia kata 'You macam Ebit Lew lah'. Allahu tersentuh saya. Jauh level saya nak sampai tahap Ustaz Ebit tapi itulah hebatnya Ustaz Ebit Lew sampai satu Malaysia kenal dia, termasuklah uncle ni," katanya.

Luahan guru itu merujuk kepada Ustaz Ebit, seorang pendakwah yang amat dikenali kerana sifat dermawannya kerana sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah dan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi Muhammad Yusof, sebenarnya bukan sukar untuk mana-mana individu bersikap pemurah dan membantu orang lain sebagaimana yang dilakukan oleh figura terkenal itu.



Ebit menerusi misi bantuan kemanusiaan ke Sabah, baru-baru ini. foto Facebook Ebit Lew

"Sekarang ni, nak jadi macam Ustaz Ebit Lew bukan susah pun. Bukannya nak kena derma RM1,000 sekelepuk pada orang susah.

"Cukup bila ada rezeki lebih, hulur-hulurlah pada yang memerlukan. Dengan seringgit dua pun boleh buat orang lain yang tengah terkesan sekarang ni, tersenyum gembira," tambahnya.

Tambah guru itu, dalam rezeki seseorang itu, sebenarnya ada juga rezeki orang lain yang wajar dikongsikan bersama dengan bersedekah dengan ikhlas.

Muhammad Yusof bagaimanapun menjelaskan bahawa persekongsiannya itu bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk membantu antara satu sama lain.

"Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain sebenarnya.

"Status ini bukanlah nak menunjuk-nunjuk cuma ingin berkongsi betapa hebatnya insan bernama Ebit Lew yang menginspirasikan semua lapisan manusia," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain