suria

Ebit Lew akui malu, dilayan TMJ macam kawan... pegang kata-kata keramat, “Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya bantu rakyat”

Ebit (kiri) melahirkan rasa terharu apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenan menerima menghadap pendakwah itu. foto facebook Ebit Lew

MINGGU ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ditimpa dengan ujian hebat apabila misi kemanusiaannya di pulau-pulau di Semporna, Sabah tidak dapat diteruskan di atas sebab-sebab tertentu.

Namun, kekecewaan Ebit terubat apabila melahirkan rasa terharu selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap beliau, pada Jumaat.

Bukan sekadar itu, malahan beliau turut berkongsi berita gembira bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew sayu... boleh dihukum denda RM100,000, penjara 3 tahun jika teruskan misi bantuan di Semporna - "Saya minta maaf"

"Sebak dapat berjumpa TMJ. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya.

"Tuanku juga ingin taja semua 'team' saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor," kata Ebit menerusi posting di laman sosial miliknya.



Pertemuan bermakna Ebit (kiri) dan TMJ.

Gembira dengan sambutan yang diberikan itu, belitu memuji keperibadian TMJ.

"Ya Allah, TMJ sangat baik. Tuanku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan menaikkan institusi pendidikan.

Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan je. Sedangkan saya cuma orang biasa

EBIT LEW

"Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan je. Sedangkan saya cuma orang biasa," tambahnya.

Dalam pada itu, Ebit turut mendedahkan bahawa TMJ sering memberikan semangat kepada beliau dalam melakukan kerja-kerja kebajikan.



TMJ (kiri) dan Ebit memegang baju tertera perkataan 'Allah Sayang TMJ'.

"Dari awal lagi masa beri bantuan Tuanku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya, bantu rakyat.

"Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. Menjunjung kasih Tuanku. InsyaAllah Tuanku tawar untuk membantu segala misi saya pada masa akan datang.

"Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain