suria

“Orang cakap saya tak perlu buat video sebab gemuk” - Ramai followers, kecaman pun banyak... gadis berbadan ‘comel’ tak akan berhenti main TikTok

Raihan mula aktif di TikTok sejak tahun 2018.

APABILA menampilkan diri secara terbuka di media sosial, kita pastinya tak terlepas menjadi bahan pandangan netizen.

Sudah menjadi lumrah, ada yang suka, ada pula yang membenci sehingga sanggup meninggalkan pelbagai komen jahat.

Bagi Raihan Farhana Abdullah, 19, dia yang memiliki berat badan 178 kilogram (kg) tidak terlepas menerima komen kecaman di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah

Aktif menghasilkan video sejak 2018, dia yang mesra disapa Raihan menganggap komen sebegitu sebagai lumrah biasa dalam hidupnya.

"Saya dah aktif TikTok sejak tahun 2018. Sekadar suka-suka untuk hilangkan stres. Seronok main TikTok.

"Komen mengenai bentuk fizikal badan ni, saya dah lalui sejak zaman sekolah. Memang dari kecil lagi.

Raihan menetap di Tanah Merah, Kelantan.

"Saya selalu dihina sampai benda tu dah tak masuk dalam fikiran," ujarnya kepada mStar.

Kata Raihan yang menetap di Tanah Merah, Kelantan, segala kata cacian itu juga menjadi pembakar semangat untuk dia menguruskan badan.

Sejak memulakan diet pada November tahun lalu, dia sudah kehilangan 10kg dan ia ternyata menjadikan dia lebih bersemangat untuk mencapai berat ideal suatu masa nanti.

Ada yang kata, dulu followers sikit tak buat bisnes. Sekarang dah ada followers, terus minta simpati buat bisnes.

RAIHAN

"Saya ambil sebagai pembakar semangat. Bila orang kecam, saya nak buktikan bahawa saya boleh kurus.

"Sekarang saya kawal pemakanan dan bersenam, Alhamdulillah dah turun 10kg. Rasa bersemangat sebab ada target.

"Antara hinaan yang paling saya ingati sebelum ni, orang cakap saya tak perlu buat video sebab gemuk.

Raihan mula diet sejak hujung tahun lalu.

"Semua kata-kata orang saya tak ambil peduli, ia buatkan saya lebih tekad untuk buktikan sebaliknya," kata Raihan.

Bercerita mengenai dirinya, Raihan yang sudah kematian bapa kini menetap dengan ibunya yang juga seorang tukang urut.

Raihan membuat perniagaan perkhidmatan 'kejutan hari lahir' buat penduduk setempat.

Menurut Raihan yang juga anak kedua daripada tiga beradik, dia bersyukur apabila menerima sokongan penuh keluarga selama ini.

Malah katanya, dia turut menerima mesej di media sosial termasuklah daripada jurulatih kecergasan yang mahu membantu dirinya untuk kurus.

"Kepada netizen yang selalu hina, saya tentunya ada perasaan. Cuma saya dah tak hiraukan. Kepada mereka yang berbadan besar, jom sama-sama kita turunkan berat.

"Emak dengan adik beradik banyak bagi sokongan. Mereka banyak bantu saya dalam proses ini. Malah, ada yang turut mesej saya nak kongsi ilmu dan sebagainya.

"Jika ada orang gemuk yang nak bertanya, saya juga bersedia kongsi apa yang saya tahu," ujarnya lagi.

Kini, dia turut menjalankan perniagaan perkhidmatan 'kejutan hari lahir' di sekitar Tanah Merah.

"Ada yang kata, dulu followers sikit tak buat bisnes. Sekarang dah ada followers, terus minta simpati buat bisnes.

Antara pakej bungkusan hadiah yang dibuat Raihan.

"Saya sebenarnya tengah tunggu nak sambung belajar. Saya duduk rumah tak ada buat apa, tercetus dalam fikiran nak tolong mak. Jadi saya buat bisnes," ujarnya lagi.

Di Tiktok misalnya, video-video gadis itu turut meraih jutaan tontonan, sekali gus membuatkan dia dikenali ramai.

Dia kini memiliki 375,000 pengikut di TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain