Diari alaf baharu... aku yang post, kau yang panas! Masih ada yang meluat lihat orang lain luah perasaan, lepas geram di media sosial

Ramai dalam kalangan kita menjadikan media sosial sebagai tempat untuk membuat luahan perasaan sehingga ia tidak disenangi kawan lain. Foto: ARUN SANKAR/ AFP

KEWUJUDAN media sosial pada hari ini menjadi medium komunikasi utama antara kita.

Malah, bagaikan sudah sinonim apabila kita semua menggunakan WhatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter untuk berkongsi paparan kehidupan seharian.

Selain foto-foto makanan, percutian, aktiviti sukan dan sebagainya, ada yang turut menjadikan media sosial sebagai medan untuk 'melepaskan geram' atau berkongsi luahan emosi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sangka jumpa orang macam tu” - Mentang-mentang banyak view di TikTok, gadis dakwa terima layanan buruk Instafamous perasan ‘hot’

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan berani! Wanita ini yakin kahwin suami orang pilihan paling tepat, dapat terapi paling bernilai -“Saya suka golek kat katil sampai tengahari”

Namun, pasti ada dalam kalangan kita yang kurang senang melihat senario itu sebagaimana yang disuarakan seorang individu di Twitter.

"Annoying gila orang yang suka lepas marah kat status ni," tulis seorang lelaki di Twitter sehingga menerima lebih 800 ulang kicau (Retweet).

Namun, ternyata ramai juga yang tidak setuju dengan pendapat itu sehingga satu lagi kenyataan balas kepada lelaki itu menjadi tular.

Selain berkongsi foto dan video, ada yang suka membuat luahan perasaan di media sosial.

"Biasa kan orang yang luahkan perasaan mereka melalui status ke, tweet ke story ke.

"Kadang-kadang kita tak tahu jika orang tu ada tempat nak meluah atau tak. Ada yang marah main game, tengok drama... lain orang lain cara.

"Jadi baik. Tak susah. Tak nak baca, then skip, swipe, jangan tap right," tulis @izzadhizam sehingga menerima lebih 6,000 ulang kicau.

Kadang-kadang kita tak tahu jika orang tu ada tempat nak meluah atau tak.

IZZAD HIZAM

Dalam posting sama, ramai netizen turut memberikan pendapat mereka menerusi ruangan balas.

Menurut @faazamri_ misalnya, luahan perasaan sebegitu dianggap sebagai salah satu kaedah untuk menenangkan diri atau melepaskan kemarahan.

"Elok la orang tu post dekat status, itu saja cara dia tenangkan diri atau cara dia lepaskan kemarahan dia.

"Nanti bila cerita dekat kau nanti kata macam ni pula, hal sendiri pun nak mangadu... kan susah. Kalau tak suka just skip je tak payah baca tak pun, mute terus.

Sesetengah pengguna menjadikan media sosial sebagai diari kehidupan mereka.

Menurut netizen yang lain, kita juga sepatutnya mengambil berat dan bertanya khabar jika melihat rakan-rakan berkongsi status yang mencurigakan di media sosial.

"Biarkan jika mereka nak luah perasaan. Jika kita prihatin, kita boleh tanya mereka untuk bercakap.

"Sesetengah orang guna media sosial sebagai diari je atau tempat nak meluahkan pendapat. Senang, ambil phone, boleh tulis," tulis beberapa pelayar Twitter.

Namun ada juga yang tidak bersetuju dan menganggap tindakan meluah raa marah di laman sosial sebagai tindakan kebudak-budakan dan tidak profesional.

Apa-apa pun, terpulang kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain