suria

“Tak sangka jumpa orang macam tu” - Mentang-mentang banyak view di TikTok, gadis dakwa terima layanan buruk Instafamous perasan ‘hot’

Seorang gadis berkongsi kisah layanan buruk yang diterimanya di laman Instagram. (Gambar Hiasan)

RAGAM manusia kadang-kala sukar untuk dijangka.

Malah, ada pula yang bersikap memilih kawan berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Menurut seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Lin, dia sama sekali tidak menyangka dirinya menjadi mangsa keadaan seperti ini oleh seorang individu di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ni nak cuti kena ambil MC” - Ramai terkesan akibat Covid-19, Instafamous hilang separuh job bulanan

"Tiba-tiba je kau nak tumpang famous ke kawan dengan aku.

"Aku kawan dengan budak famous je, kau tak famous followers pun 1,000, bye," tulis individu itu sebagaimana dikongsi Lin.

Bercakap kepada mStar, dia mengakui sekadar menghantar direct message (DM) kepada individu tersebut dan bertanyakan jika dia sudi berkawan dengannya.

Namun, jawapan yang diterima gadis dari Selangor itu cukup mengejutkan sehingga dia berkongsi kisah itu dan terus menjadi tular di laman Twitter.

"Sebenarnya masa tu saya tengah main Instagram, sebab saja bosan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak ada buat apa.

Kata Lin, komuniti di Twitter jauh lebih baik berbanding Instagram.

"Jadi saya ada nampak Instafamous ni tapi dia tak adalah famous sangat. Hanya 3,000 pengikut. Cuma view TikTok dia banyak jadi nampak macam dia 'hot'.

"Niat nak berkawan je, jadi saya cuba tegur. Tiba-tiba dia balas macam tu, dia ingat saya ni nak berkawan dengan dia disebabkan followers," ujar Lin.

Menurut gadis itu lagi, dia sedikit terkilan dengan jawapan yang diberikan individu berkenaan.

Twitter lebih support orang dan friendly. Semua orang tak sombong. Kalau Instagarm ni kebanyakannya sombong.

LIN

GADIS TWITTER

Malah katanya, sesiapa sahaja tidak patut diperlakukan sebegitu tanpa mengetahui niat asal mereka.

"Saya rasa terkejut. Tak sangka jumpa orang macam tu sebab niat nak berkawan tapi dia fikir lain. Harapnya janganlah cepat hakimi seseorang.

"Jangan cepat sangat bersangka buruk terhadap seseorang yang belum kita kenal dan tak tahu niat betul dia.

"Semestinya terasa. Sedih, menyampah... rasa terkejut," ujarnya.

Berang dengan jawapan tidak beradab itu, Lin tidak meneruskan perbualan DM tersebut dan terus menyekat akaun individu berkenaan.

Posting yang dikongsi Lin di Twitter.

Menurut Lin lagi, sikap warga Twitter jauh lebih baik berbanding mereka di Instagram yang rata-ratanya agak sombong.

"Twitter lebih supportive dan friendly. Semua orang tak sombong. Kalau Instagram ni kebanyakannya sombong.

"Twitter lagi baik sebab boleh ajak berkawan dan ramai yang tak memilih kawan," ujarnya.

Sehingga kini, posting Lin mengenai hal itu menerima lebih 2,600 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, beberapa netizen turut senada dengannya dan bersetuju bahawa komuniti di Twitter jauh lebih mesra berbanding Instagram.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Instafamous, TikTok, pengikut, sombong

Artikel Lain