suria

“Sebelum ni nak cuti kena ambil MC” - Ramai terkesan akibat Covid-19, Instafamous hilang separuh job bulanan

Ivan mengakui penularan Covid-19 memberi kesan kepada ramai pihak termasuklah golongan Instafamous mahupun influencer.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan ternyata memberi kesan kepada ramai penduduk di negara ini.

Selain golongan kanak-kanak, warga emas, kakitangan awam mahupun swasta, semuannya tidak terkecuali.

Malah, selebriti media sosial seperti Instafamous ataupun influencer juga turut merasai tempiasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

Bercerita kepada mStar, Shahrul Izwan Dona atau Ivan mengakui beberapa tawaran kerja yang sudah dipersetujui terpaksa ditunda dan dibatalkan akibat wabak Covid-19.

"Semua orang terjejas. Macam saya pun, sepatutnya ada dua trip tajaan, ke Langkawi (Kedah) dan Bandung (Indonesia) pada Mac dan April. Tapi dua-dua ditunda.

"Macam kerja-kerja review product, masih boleh shoot di rumah, tapi agak terbatas. Jadi kita pun kena lebih kreatif," ujar jejaka berusia 29 tahun itu.

Antara menu yang dipelajari Ivan dalam tempoh PKP.

Memperincikan lagi situasi semasa yang dialami, Ivan mengakui tawaran kerja juga sedikit berkurangan dek Covid-19 yang melanda.

Namun katanya, dia tidak begitu terjejas memandangkan dirinya bukanlah seorang yang jenis boros berbelanja.

"Job tak banyak macam sebelum ni. Kalau contoh bulan biasa ada 30 job, dalam musim Covid-19 mungkin ada 15 sahaja. Itu pun belum confirm lagi.

Pada saya, apa yang perdana menteri sarankan tu adalah benda betul. Sebelum ni nak cuti kena ambil MC (sijil cuti sakit), sekarang kerajaan dah bagi cuti, jangan cari alasan lain pula.

SHAHRUL IZWAN DONA

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

"Ada juga dapat job tapi mereka kurangkan bajet sebab Covid-19. Kita pun faham, semua orang terkesan.

"Paling kesian mereka yang kerja sendiri, freelance dan bergantung kepada pendapatan harian," jelasnya yang memiliki lebih 46,000 pengikut di Instagram.

Bercerita mengenai aktiviti sepanjang tempoh PKP, anak kelahiran Pagoh, Johor itu menetap bersama keluarga kakanya di Rawang, Selangor buat sementara waktu.

Dua trip tajaan Ivan terpaksa ditunda gara-gara PKP yang bermula pada 18 Mac lalu.

Selain bersenam untuk mengekalkan kecergasan diri, Ivan turut mempelajari teknik masakan beberapa menu sepanjang tempoh itu.

"Saya tak sempat nak balik Johor, masa tu PKP sudah diumumkan oleh perdana menteri. Sekarang ni saya ada belajar memasak dengan kakak... buat laksa Penang. Lepas tu ada juga buat dalgona coffee, tortilla wrap, ayam masak lemak cili padi dan beberapa lauk ringkas lain.

"Kalau dari segi senaman, saya memang jarang pergi gim. Selalu work out di rumah," ujarnya yang berdarah kacukan Jawa, Bugis, Melayu dan India.

Ivan mengakui jarang ke gim sebaliknya lebih gemar bersenam di rumah.

Dalam pada itu, Ivan turut menyarankan kepada orang ramai agar patuh arahan pihak berkuasa dalam membendung wabak Covid-19 di negara ini.

Malah kata Ivan, dia juga menggunakan platform media sosial miliknya untuk mendidik masyarakat serta menyebarkan maklumat tepat dan bermanfaat mengenai wabak itu.

"Dengan pengikut yang ada, kita boleh sebarkan maklumat berguna. Tapi kena buat research juga. Kena pastikan maklumat tepat.

"Pada saya, apa yang perdana menteri sarankan tu adalah benda betul. Sebelum ni nak cuti kena ambil MC (sijil cuti sakit), sekarang kerajaan dah bagi cuti, jangan cari alasan lain pula," katanya dalam nada berseloroh.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain