suria

Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

Video baju sama yang dimuatnaik Shah menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular.

JIKA terserempak dengan individu yang memakai baju sama dengan kita, apa yang anda akan lakukan?

Bagi sesetengah orang, situasi ini agak memalukan dan mereka cuba menjauhkan diri. Namun lain pula ceritanya bagi selebriti media sosial kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini.

Situasi penuh janggal itu berlaku sewaktu Muhamad Shahrul Afizie Mohd Masli, 22, sedang membuat rakaman food review sebuah restoran pada minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum bertemu jodoh? Anda mungkin sedang sabotaj diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu ‘up’ poster cari jodoh di laman sosial, apa yang lelaki ini dapat dalam masa sehari cukup mengejutkan!

Mesra disapa Shah, dia mengakui semuanya berlaku secara spontan dan menafikan ia sudah dirancang lebih awal.

"Masa tu tengah shoot food review. Masa rehat sekejap, ada perempuan baju sama masuk.

"Saya nampak dan bagitahu kawan... rasa macam jodoh. Satu set pakaian sama.

Video yang dimuat naik di Instagram Shah.

"Dia pun ada pandang, tapi buat tak tahu je. Saya ikut dia ambil sos, kawan cabar duduk meja sebelah dia.

"Saya just tegur, tanya sedap ke? Dia senyum je," ujar Shah kepada mStar.

Menurut Shah, dia sekadar menyapa gadis itu bersama rakannya dan tiada niat untuk mengganggu privasi sebagaimana dakwaan menerusi komen-komen di Instagram.

Komen paling jahat, orang cakap saya hina agama Islam. Video pasal hijab tu terima lebih 1 juta views.

MUHAMAD SHARUL AFIZIE MOHD MASLI

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

Malah kata Shah, segalanya berakhir di situ dan dia tidak melakukan tindakan yang melampau ke atas gadis berkenaan.

"Biasanya kalau sama baju dengan lelaki, rasa malu. Tapi kalau dengan perempuan rasa lain sikit.

"Ada komen negatif kata saya ganggu privasi. Cakap saya tak tahu malu. Saya pun tak adalah ikut dia sampai balik.

Shah mengakui rakaman video itu berlaku secara spontan sahaja.

"Tak berniat pun nak kacau. Kalau ada komen over saya padam je. Saya tak akan block, nanti mereka tak tahu perkembangan saya yang seterusnya," ujarnya yang mengakui masih single.

Aktif menghasilkan video sejak tujuh tahun lalu sehingga mengumpul lebih 100,000 pengikut Instagram, Shah juga pernah menerima komen melampau sehingga digelar menghina Islam.

Imbas Shah, semuanya gara-gara video miliknya yang menceritakan isu fesyen tudung pada zaman ini.

Shah aktif menghasilkan video di Instagram sejak tujuh tahun lalu.

"Komen paling jahat, orang cakap saya hina agama Islam. Video pasal hijab tu terima lebih 1 juta views.

"Saya buat video tu berdasarkan pengalaman sendiri," ujarnya lagi.

Dalam video tular terbaharu, Shah sedang berada dalam sebuah restoran sebelum munculnya seorang gadis memakai baju bercorak belang hitam putih, persis kemeja yang dipakainya.

Ia sehingga kini menerima lebih 260,000 tontonan di Instagram.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
jodoh, baju sama, Instafamous

Artikel Berkaitan

Artikel Lain