suria

Jurutera wanita dedah sebulan menangis dalam tandas ‘derita’ kerja di Jepun... timing nak bertanya pun kena betul

Walaupun tertekan, Amalina masih bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat di Jepun.

HIDUP mencari rezeki di negara orang mungkin dianggap sebagai satu pengalaman yang menyoronokkan.

Selain gaji yang lumayan, budaya serta suasana kerja yang kondusif dan kompetetif menjadi antara faktor mengapa segelintir rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di luar negara sebaik menamatkan pengajian di institusi di sana.

Sebenarnya, tidak kira di mana sekali pun, cabaran dan dugaan tetap ada apatah lagi bagi mereka yang memilih untuk mencari rezeki di negara orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah terduduk ditipu staf, wanita ini dedah terpaksa buat banyak kerja sebelum ditawar buka bisnes nasi lemak di Doha - “Nak senang kena susah”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan politik ofis di syarikat multinasional, lelaki ini senarai 6 ‘spesies’ manusia buat dirinya nekad resign... jujur jawab ‘Exit Interview Form’

Bagi Amalina Tajudin, sungguhpun sudah lima tahun menetap di Tokyo, Jepun, dia tetap tidak akan melupakan pengalamannya ketika mula melangkah ke alam pekerjaan, dua tahun lalu.

Amalina sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana kerja di syarikat tempat dia mencari rezeki.

Menurut Amalina, dia berdepan dengan tekanan dalam tempoh enam bulan pertama ketika bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat, kerana pelbagai faktor.

“Latar belakang pendidikan saya adalah kejuruteraan mekanikal. Ketika mula kerja, syarikat hantar saya ke sebuah syarikat yang bekalkan tenaga untuk bantu projek.

“Saya dihantar tanpa training, tanpa kursus... malah menjadi satu-satunya perempuan berbangsa asing dalam kumpulan. Mereka letakkan harapan yang tinggi kepada pekerja mereka.

“Bila masuk mesyuarat, saya cuba untuk catch up selepas diberikan tugasan masing-masing. Senior saya akan ulang bertanya sama ada saya faham tugasan. 

“Malah dia pernah bertanya saya di depan orang ramai tentang isi kandungan serta minit mesyuarat yang semuanya dalam bahasa Jepun. Hampir setiap masa dia akan buat benda yang sama. Memang stres la juga waktu tu,” ceritanya.

Kerana minat dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Amalina mengambil keputusan untuk terus bekerja di Jepun buat masa ini.

Wanita berusia 26 tahun ini menambah, pada waktu itu hampir saban hari dia menangis selama sebulan kerana tertekan.

“Selain itu, banyak benda lain yang patut kita teliti kerana perlu selari dengan etika kerja mereka. Penggunaan bahasa untuk emel, untuk menyapa, untuk bertanya... malah timing nak bertanya pun kena tahu.

Ada pro dan kontra sebenarnya kerja di negara orang. Jepun ni bagus, tapi bagi saya, pada yang mahu kerja di sini, janganlah letakkan harapan yang tinggi.

AMALINA

“Lagi satu, kalau ada yang tak kena, mereka jenis tak tegur secara langsung. Tak berterus terang, jadi buat kita stres juga. 

“Ada pro dan kontra sebenarnya kerja di negara orang. Jepun ni bagus, tapi bagi saya, pada yang mahu kerja di sini, janganlah letakkan harapan yang tinggi. Paling penting, belajar bahasa Jepun yang betul-betul daripada kelas,” ujarnya.

Coretan Amalina mengenai pengalamannya bekerja di sebuah syarikat di Jepun.

Dua tahun menimba pengalaman, wanita yang berasal dari Kamunting, Taiping ini berkata dia bagaimanapun secara beransur-ansur mampu menyesuaikan diri dengan budaya kerja di syarikat tersebut.

“Masa stres tu memang fikir nak balik Malaysia. Tapi selepas berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan, mereka nasihatkan kalau saya nak teruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan, Jepun adalah negara terbaik.

“Pernah ada tawaran kerja tapi lain bidang... sayang pula rasanya sebab ilmu kejuruteraan bukan senang. Sebab minat, saya teruskan juga.

“Buat masa ini, tiada lagi perancangan untuk pulang ke Malaysia. Saya mahu mencuba peluang pekerjaan di sini dahulu,” ujarnya mengakhiri bicara.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Jepun, kerja, gaji, cabaran

Artikel Lain