suria

Pernah terduduk ditipu staf, wanita ini dedah terpaksa buat banyak kerja sebelum ditawar buka bisnes nasi lemak di Doha - “Nak senang kena susah”

Nasi lemak Kak Ojie pernah menjadi kegemaran Raja Muda Selangor.

"NAK berjaya kena struggle. Nak senang kena susah."

Itulah pegangan hidup Rozeeta Abdul Manan yang pernah melakukan empat kerja pada satu masa sebelum melebarkan perniagaan nasi lemaknya ke Doha, Qatar pada tahun lalu.

Menurut Rozeeta atau lebih mesra disapa Kak Ojie, dia pernah bekerja sebagai pembantu peribadi, jurumekap, pemandu Uber dan peniaga nasi lemak pada 2016 kerana sukar mendapat perkerjaan ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik ditipu, dibuli, nasi lemak viral Raja Muda Selangor 'gulung tikar'... apa yang owner dapat kemudian amat mengejutkan, “Saya nangis peluk suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Terkedu Raja Muda Selangor ‘repeat’ beli nasi lemak, “Tapi saya minta maaf sangat-sangat...”

"Masa tu saya baru balik dari Dubai. Saya apply banyak kerja tapi tak ada satu pun panggil interview.


Kak Ojie pernah berniaga nasi lemak dan pada masa sama turut menjadi make up artist.

"Dari situ saya buat keputusan jual nasi lemak. Lepas tu ada nampak orang post dekat IG dia nak cari PA. Saya pun saja cuba dan tak sangka terus dapat.

"Lepas bisnes dah OK saya pindah Setia Alam. Dekat situ saya start buat Uber. Saya buat waktu siang, lepas dapat RM50 hingga RM100 tu terus balik rumah.

"Pada masa sama jadi makeup artist tapi ikut klien. Ada yang hari biasa... ada yang hujung minggu," katanya kepada mStar.

Namun selepas nasi lemaknya GengCikMak semakin dikenali, Kak Ojie berkata dia memutuskan untuk meninggalkan tiga lagi pekerjaannya itu bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.

"Lepas nasi lemak mula dikenali, saya makin sibuk. Jadi saya berhenti jadi PA tapi hubungan saya dengan bos masih baik. Kami support bisnes masing-masing.

"Selang dua tiga bulan lepas tu ada kawan call minta jadi PA dia pula. Saya OK je tapi ngam-ngam tiga bulan kerja, abang ipar offer food truck dia untuk disewa.

"Nasib saya baik sebab dapat bos yang memahami. Dia lepaskan saya cara baik sebab tau minat saya lebih kepada bisnes nasi lemak. Bila ada food truck saya stop supply dekat semua kedai," katanya.

Kak Ojie turut menjadi pemandu Uber pada sebelah siang pada 2016.

Bagaimanapun perniagaan nasi lemaknya itu hanya mampu bertahan selama dua tahun selepas mengharungi pelbagai cabaran sebelum dapat melebarkan perniagaannya itu ke negara timur tengah pada hujung tahun lalu.

"Tak mudah. Saya pernah banyak kali menangis. Paling teruk bila food truck rosak dan kena tipu dengan pomen. Lori asyik keluar masuk bengkel tapi tetap rosak.

"Masa tu dah mati akal. Tak tahu nak buat apa sebab lori tak ada susahlah nak berniaga. Masa tu saya rasa macam kena buli sebab suami kerja di Dubai.

Itu belum kira lagi orang cakap mak bapa tanggung saya. Kalau mak bapa tanggung kenapa saya buat semua kerja tu? Memang sedih bila ada orang cakap macam-macam pasal kita tapi biasalah mulut orang kita tak boleh nak tutup.

ROZEETA ABDUL MANAN

"Saya juga terpaksa tutup outlet di KL. Waktu ni saya terduduk. Silap saya juga sebab percayakan staf. Dapat tahu dari customer ramai datang nak beli makanan tapi tunggu sampai 8 malam gerai tak buka lagi," katanya.

Ujian hebat itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat wanita berusia 35 tahun itu.

"Ada yang cakap husband macam biar je saya kerja. Tapi husband saya pun kerja dia bukannya kena pergi pejabat. Ada juga job grafiti dia buat lepas balik dari Dubai tu. Tapi saya pula jenis tak boleh duduk diam.

Kak Ojie ketika bekerja sebagai pembantu peribadi.

"Itu belum kira lagi orang cakap mak bapa tanggung saya. Kalau mak bapa tanggung kenapa saya buat semua kerja tu? Memang sedih bila ada orang cakap macam-macam pasal kita tapi biasalah mulut orang kita tak boleh nak tutup. Saya biarkan aje.

"Bila difikirkan pasal 11 ekor anak bulus saya, dari situ saya start buat lunchbox harga RM5 satu set dan juga jadi make up artist. Saya pergi hantar sampai Puncak Alam sorang-sorang tapi terpaksa stop juga sebab keselamatan," katanya.

Namun perpindahan suaminya, Azrul Helmi Ibrahim ke Doha, Qatar pada September 2018 ibarat memberi lembaran baharu buat kehidupan pasangan ini selepas ditawarkan peluang memulakan perniagaan nasi lemak di negara itu.

"Semuanya rasa macam mimpi. Ia berlaku secara tiba-tiba ketika datang melawat suami di sini pada Disember 2018.

"Lepas dah beberapa kali berjumpa dengan rakan niaga suami, dia panggil kami untuk meeting. Masa tu ingat dia nak minta tolong promote grafiti dan kedai kopi dia.

"Tapi rupa-rupanya dia beritahu nak bagi kedai untuk saya berniaga di sini. Masa tu memang seronok sangat. Tak sangka Allah hadirkan rezeki kami di tempat lain," katanya.

Antara menu nasi lemak Kak Ojie di Doha, Qatar.

Perkongsian Kak Ojie mengenai pengalamannya itu pada 2016 mendapat lebih 10,000 ulang kicau dan 20,200 tanda suka di Twitter.

Rata-rata kagum dengan semangat Kak Ojie dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk berjaya.

Dalam pada itu, Kak Ojie menasihati mereka yang sukar mendapat pekerjaan ketika ini supaya tidak mudah berputus-asa.

"Kita ni selagi ada kudrat tu kerah jelah. Bukanlah kata bagus buat kerja banyak tapi kalau tak kerja siapa nak bayar rumah, kereta semua? Nak berjaya kena struggle, nak senang kenalah bersusah dahulu," katanya.



Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain