Depresi selepas beranak, doktor terkejut lihat Afiyah himpit 5 anak sebelum menangis, peluk cium bangkai - “Menyedihkan, setiap 15 minit sawan” - Viral | mStar

Depresi selepas beranak, doktor terkejut lihat Afiyah himpit 5 anak sebelum menangis, peluk cium bangkai - “Menyedihkan, setiap 15 minit sawan”

Ahmad Muaz berkongsi kisah sedih kehilangan kucing yang dipeliharanya sejak dua tahun lalu, Afiyah, yang mati akibat Dry Feline Infectious Peritonitis.

SIAPA yang mempunyai kucing pasti tahu betapa peritnya rasa apabila kehilangan haiwan tersebut.

Sungguhpun yang ‘pergi’ itu hanya seekor kucing, namun ia tetap memberikan kesan mendalam buat pemiliknya, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh remaja lelaki ini.

Menerusi satu bebenang di Twitter, Ahmad Muaz berkongsi kesedihannya yang baru saja kehilangan seekor kucing betina yang dipelihara sejak hampir dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada kucing dalam kereta, minta semua bersedia” - Siap bunyi siren, 8 'hero Avengers' lengkap uniform bomba settle masalah tak sampai seminit!

ARTIKEL BERKAITAN: Si bulus merajuk gara-gara tuan terpicit ‘berlian’ masa mandi, terus tak nak keluar bilik air – “Mia datang dekat pun tak layan”

Dalam perkongsian tersebut, Ahmad Muaz menceritakan saat mula dia memelihara kucing yang diberi nama Siti Afiyah, sehinggalah haiwan tersebut mati baru-baru ini.

Malah dia turut memuatnaik gambar-gambar Siti Afiyah beserta kapsyen yang menyentuh hati bagi meluahkan rasa kasih terhadap kucing tersebut.

Gambar Afiyah sewaktu sedang sihat (kiri) dan ketika saat-saat akhir sebelum 'pergi' (kanan).

“Sejujurnya saya berasa sangat sedih namun terpaksa menerima ketentuan… sudah tiba ajalnya.

“Bukan tak pernah ‘kehilangan’ kucing sebelum ini, tapi kehilangan kali ini betul-betul memberi kesan kerana saya dan ibu menyaksikan ia ‘pergi’ depan mata kami sendiri.

“Saya berkongsi di Twitter selepas selesai tanam Afiyah tengah malam Sabtu lalu, kerana nak luahkan perasaan dan rasa rindu. Tak sangka pula ia jadi viral, ” ujar pemuda berusia 20 tahun ini kepada mStar.

Beratnya dari 3.2kg turun kepada 1.8kg. Kami bawa dia ke klinik. Tiga hari kemudian sewaktu pergi ke klinik itu, keadaanya begitu menyedihkan. Setiap 15 minit kena sawan.

AHMAD MUAZ

PEMILIK KUCING

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 34,300 retweet dan 37,000 like, selain dibanjiri ribuan komen netizen yang turut sama berkongsi kesedihan atas kehilangan haiwan tersebut.

Kucing yang diberi nama Siti Afiyah, sempena nama anak kepada penyanyi nombor 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, mati pada Sabtu lalu selepas dua hari dibawa pulang dari klinik veterinar.

Menurut Ahmad Muaz, kesihatan Siti Afiyah merosot sejak dia melahirkan anak pada November tahun lalu.

Ahmad Muaz berkongsi kisah mengenai Afiyah menerusi satu bebenang di Twitter. 

“Darah masih mengalir selepas satu hari dia bersalin. Ibu saya terus bawa pergi klinik sekali dengan anak-anak dia. Rahim Afiyah terpaksa dibuang. Dia diletakkan semula dengan anak-anak dia.

“Tapi mengejutkan, Afiyah himpit semua anak dia sampai tak ada pun yang survive. Selepas semua anaknya mati, 'dia' jadi depressed.

“Sehinggalah pada 10 Februari, Afiyah benar-benar lemah. Beratnya daripada 3.2kg menurun kepada 1.8kg. Kami bawa dia ke klinik. Tiga hari kemudian sewaktu pergi ke klinik itu, keadaanya begitu menyedihkan. Setiap 15 minit kena sawan,” ujarnya yang berasal dari Cyberjaya.

Bercerita lebih lanjut, Ahmad Muaz, berkata doktor memaklumkan Afiyah menghidap Dry Feline Infectious Peritonitis, iaitu virus yang menyebabkan kucing demam, turun berat badan, banyak kencing dan memberi kesan kepada organ dalaman.

Antara komen netizen yang turut sama berkongsi pengalaman kehilangan kucing peliharaan mereka. 

“Kata doktor, penyakit tersebut tidak mempunyai penawarnya dan sarankan kami bawa pulang Afiyah sebab tak ada harapan dah,”ujar penuntut jurusan Sains Komputer di sebuah IPTA ini.

Bagaimanapun, dua hari selepas dibawa pulang, Afiyah akhirnya mati dengan disaksikan Ahmad Muaz dan ibunya sendiri.

“Sebelum mati, Afiyah makan banyak… tak muntah pun. Kami pun gembira sebab fikir mungkin ia petanda Afiyah akan sembuh. Kami pun keluar sebentar namun sebaik sahaja pulang, tengok Afiyah muntah, terkencing dan sawan semula.

“Tak lama lepas tu, ia mati. Seolah-olah Afiyah tunggu kami pulang dulu sebelum nak ‘pergi’. Sedih sangat… tapi ibu yang paling terkesan sekali. Saya tahu dia sedih tapi dia tak tunjuk depan-depan.

“Baru-baru ini dia kongsikan gambar-gambar Afiyah di WhatsApp Group keluarga kami. Sebelum keluar rumah juga, mesti dia jenguk dulu kubur Afiyah. Memang dia masih sedih. Walaupun kami ada lagi tujuh ekor kucing lain, tapi kehilangan Afiyah sangat beri kesan sebab berlaku depan mata,” ujarnya mengakhiri bicara. 

Afiyah , kucing , sawan , veterinar , depresi

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain