Gigih sorok kehamilan dan ‘baby bump’ di media sosial, suami pun sokong... tapi akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana durian! - Viral | mStar

Gigih sorok kehamilan dan ‘baby bump’ di media sosial, suami pun sokong... tapi akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana durian!

Nor Sabrina (kiri) dengan penampilan OOTD yang menonjolkan 'baby bump' sewaktu hamil lapan bulan. Gambar kanan menunjukkan foto pertama yang dimuat naiknya di media sosial bagi mengumumkan dia sudah menimang cahaya mata. Foto Instagram Sabrina.Shuhaimi

BUKAN semua perkara boleh dikongsikan di media sosial, seperti seorang wanita yang merahsiakan kehamilannya daripada pengetahuan orang ramai.

“Tak semua benda kita perlu cerita kat media sosial. Masa saya hamil 2018, seorang pun tak tahu saya hamil, malah kawan-kawan... kecuali yang saya WhatsApp nak tanya soalan berkaitan ibu mengandung,” tulisnya di laman Twitter.

Posting tersebut bagaimanapun mendapat kritikan dan kecaman netizen kerana dia dianggap masih menceritakan mengenai hal berkaitan kehamilannya kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hari Raya doktor ucap tahniah, dua hari kemudian minta bersabar...” - Blender buah sudah dibeli, pasangan ini akur belum rezeki timang anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf sampai awak terima orang lain” - Duit dah simpan tapi empat kali tangguh kahwin, akhirnya penghidap kanser putus tunang

“Tapi ni sekarang cik dah cerita. Saya rasa tak semua benda kita perlu cerita di media sosial,” antara komen netizen yang mempersoalkan perkongsiannya itu.

Perkongsian Nor Sabrina mengenai tindakan tidak berkongsi tentang kehamilannya di media sosial.

Wanita berkenaan, Nor Sabrina Shuhaimi berkata, tidak dinafikan ramai yang terkejut dia hamil kerana tiada posting mengenai kehamilan dikongsikan di laman sosialnya sepanjang tempoh kira-kira sembilan bulan itu.

Nor Sabrina memberitahu, dia hanya berkongsi mengenai dirinya dikurniakan cahaya mata perempuan hanya selepas beberapa hari bayi sulungnya itu dilahirkan.

“Selepas beberapa hari bersalin, barulah saya muat naik gambar tangan bayi dengan kapsyen ‘saya ada handbag baharu!’

“Beg tangan tu kira macam simbolik, sebab selama ni saya akan ke hulu ke hilir bawa beg tangan dan sekarang dah ada anak sendiri untuk didukung dan bawa ke mana-mana,” katanya kepada mStar.

Kritikan netizen susulan postingnya.

Walaupun ramai yang terkejut, Nor Sabrina yang berasal dari Kajang, Selangor itu bersyukur kebanyakan pengikutnya di laman Facebook adalah dalam kalangan isteri dan ibu, maka mereka lebih memahami apabila menerima berita gembira tersebut.

“Di Twitter pula ada yang tak faham dan komen yang keterlaluan. Mungkin sebahagian mereka masih muda dan belum merasai fasa dan pengalaman yang saya alami semasa hamil.

“Saya buat posting tu untuk perjelaskan mengapa saya tak kongsi kisah saya mengandung semasa hamil. Bila dah bersalin dengan selamat, barulah saya kongsi kepada umum,” katanya.

Foto OOTD Nor Sabrina yang cuba menyembunyikan 'baby bump' sewaktu hamil enam bulan (kiri) dan lapan bulan (kanan).

Menurut pengasas produk kosmetik itu, tujuan dia merahsiakan kehamilannya kerana ia merupakan sesuatu yang belum pasti untuk diumumkan kepada umum.

“Sebab ada sepupu saya yang empat kali ‘hilang’ kandungan semasa hamil. Sama seperti orang yang bertunang, tapi tak jadi kahwin, jadi saya dan suami ambil keputusan untuk ‘sorokkan’ kandungan.

“Lebih-lebih lagi kalau ada orang yang iri hati dengan kita, kalau mereka tak doakan yang buruk-buruk pada kita, mereka doakan yang tak baik pada kandungan,” ujarnya.

Antara foto cahaya mata pertama Nor Sabrina yang dikongsikan di laman sosial. Foto Instagram tuan_azizi

Dia bagaimanapun mengakui agak mencabar untuk merahsiakan kehamilannya namun mendapat sokongan dan kerjasama daripada suami.

“Saya masih perlu kongsi gambar OOTD (outfit of the day) saya di laman sosial sebab sebagai usahawan saya perlu berinteraksi dengan followers.

Paling mencabar bila saya buat video live sampai ada yang komen kenapa saya makin berisi sebab mengandung ke

NOR SABRINA

“Tapi suami akan bantu ambil gambar saya yang tidak menonjolkan perut atau baby bump dan saya juga akan bergaya dengan cara bersesuaian termasuk pakai baju yang lebih longgar.

“Paling mencabar bila saya buat video live sampai ada yang komen kenapa saya makin berisi sebab mengandung ke. Saya tak jawab kerana tak mahu menipu... kalau ada berjumpa depan-depan dan bertanya barulah saya berterus-terang,” katanya.

Nor Sabrina hanya berkongsi mengenai anaknya di media sosial selepas bersalin.

Namun kerana dirinya yang amat menyukai durian, Nor Sabrina terpaksa berkongsi berita mengenai kehamilannya kepada seorang rakan.

“Saya ni memang ‘hantu durian’. Masa mengandung tu tengah musim durian, saya tanyalah kawan boleh ke makan durian semasa mengandung... dan nak tak nak saya kenalah beritahu bila kawan tu dah tanya.

“Atas nasihat dan untuk kebaikan kandungan, saya tak makan durian semasa hamil. Selepas anak saya berusia empat bulan dan masa tu tengah musim durian, barulah saya lepaskan hajat untuk makan, fuh rasa lega,” ujarnya secara berseloroh sambil menambah anaknya kini berusia lebih setahun. 

hamil , baby bump , handbag , durian

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain