suria

Teruk merana putus cinta, nama ‘Fatihah’ tiba-tiba muncul di fikiran pemuda ini - “Tetap hantar rombongan bertunang walau hati tak suka...”

Halim dan Fatihah pernah bersekolah satu tadika dan masuk pertandingan kahwin-kahwin bersama-sama ketika berusia lima tahun.

PERNAH masuk pertandingan main kahwin-kahwin bersama pada usia lima tahun, tetapi siapa sangka 'ikatan' pasangan ini masih kuat meskipun sudah 13 tahun tidak bertemu antara satu sama lain.

Akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini, Nurhalim Syafiq Zakaria dan Nur'Fatihah Mohamed disatukan dengan ikatan sah pada 8 Februari lalu.

Menurut Nurhalim atau lebih mesra disapa Halim, dia tidak menduga bertemu jodoh dengan Nur'Fatihah yang dikenalinya sejak tadika lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: #10yearschallenge: Dulu kahwin 'olok-olok' lepas jamuan PMR, kini semuanya jadi kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya dua sepupu ini main kahwin-kahwin, sanding olok-olok tapi 18 tahun kemudian...

"Memang tak sangka langsung sebab kami dah 13 tahun tak jumpa satu sama lain. Lagipun sebelum ini saya bercinta dengan orang lain.

"Tapi saya pernah suka dia masa kecil sebab dia comel. Biasalah budak-budak. Masa tu saya pernah sarung cincin tikam harga 50 sen dari mesin kedai runcit. 

"Lagipun masa tu kami satu tadika. Lepas tu sekolah rendah pun naik bas sama cuma kami terputus hubungan masa darjah enam sebab saya berpindah ke Shah Alam. Tapi parents kami tetap berkawan baik dan masih berhubung antara satu sama lain," katanya kepada mStar.


Pasangan ini disatukan pada 8 Februari lalu.

Jelas pemuda berusia 28 tahun itu, nama isterinya tiba-tiba terlintas di fikiran sebulan selepas dia melalui fasa kemurungan selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya pada Mei 2016.

"Masa tu memang saya down sangat-sangat sebab saya dah habis macam-macam dengan ex saya. Saya jadi tak betul. Bayangkan dalam satu jam saya hisap rokok tiga empat kotak. Memang saya tertekan.

"Parents saya bawa saya semula ke kawasan perumahan lama kami dekat Kampung Lindungan PJS6 untuk saya lupakan pengalaman pahit tu. Mereka bimbang saya buat sesuatu sebab pada hari saya putus cinta saya pernah nak gantung diri.

"Masa saya tengah sakit tu saya nekad nak pergi rumah anak yatim piatu. Saya cakap dekat parents saya nak kahwin dengan orang dekat situ sebab saya dah tak percaya gadis lain. Mereka terkejutlah.

"Saya banyak search rumah anak yatim dekat Facebook tapi parents cakap ramai lagi perempuan lain cuma saya kena kenal dulu. Masa tengah scroll tu tiba-tiba dalam otak saya terlintas pasal Fatihah... saya pun terdetik nak cari dia balik," katanya.

Halim mula menyayangi Fatihah enam bulan sebelum mereka disatukan.

Tidak lama selepas itu, Halim berkata dia bertanya mengenai status Fatihah kepada kedua ibu bapanya memandangkan orang tuanya itu masih berhubung dengan keluarga isterinya itu.

"Time tu mak, ayah, makcik dan saya baru balik jalan-jalan. Turun je kereta saya terus tanya kat mak saya Fatihah anak Encik Ali tu dah kahwin ke belum? Lepas tu mak saya cakap belum.

Saya banyak search rumah anak yatim dekat Facebook tapi parents cakap ramai lagi perempuan lain cuma saya kena kenal dulu. Masa tengah scroll tu tiba-tiba dalam otak saya terlintas pasal Fatihah... saya pun terdetik nak cari dia balik.

NURHALIM SYAFIQ ZAKARIA.

Pengusaha katering.

"Saya terus automatik tersenyum. Mak saya tanya kenapa? Nak nombor dia ke? Rupa-rupanya dalam WhatsApp parents kami dah saling bertukar gambar kami berdua. Dari situ saya start nak cari dia balik," katanya.

Pada Oktober 2016, Halim yang kini menjalankan perniagaan katering keluarganya bertemu buat pertama kalinya dengan Fatihah di sebuah pusat beli-belah.

"Kami memang tak ingat muka masing-masing sebab last jumpa masa kecil dulu. Bila jumpa balik tu masing-masing terkejut. Saya jadi kelam kabut. Tapi lepas tiga bulan berjumpa tu saya declare saya suka kat dia.

Halim terbuka hati menerima Fatihah selepas melihat keikhlasan wanita itu.

"Entah macam mana hati saya berbolak balik. Saya cakap kat dia saya tak cintakan dia tapi declare hubungan kami sebab nak ubat hati saya. Waktu tu Fatihah dah suka dekat saya. Memang kesian tengok Fatihah sebab dia sedih sangat masa tu.

"Sepanjang tempoh dua tahun setengah tu kami berkawan macam biasa. Tapi saya beritahu dia InsyaAllah saya cuba sayang dia. Saya yakin pada Allah. Saya minta dia jangan risau sebab dia akan kenal diri saya macam mana," katanya.

Walaupun belum terbit rasa sayang ketika itu, Halim tetap meluahkan hasrat untuk bertunang dengan Fatihah.

"Dalam masa tak suka tu saya nak bertunang dengan dia. Keluarga saya hantar rombongan, kami pun bertunang pada Januari tahun lalu.

"Lepas bertunang tu ramai gelak bila saya cakap saya tak suka dia. Tapi waktu tu Fatihah banyak bantu saya. Saya nampak keikhlasan dia," katanya.

Namun Halim berkata dia mula menyayangi Fatihah enam bulan sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.

Halim dan Fatihah sewaktu zaman tadika.

"Saya tengok dia jaga saya, cara dia layan orang tua... kami pun banyak cerita zaman tadika. Masa tu saya rasa dah jatuh cinta dengan dia.

"Saya fikir dialah jodoh saya sebab niat saya betul nak halalkan dia jadi isteri saya. Dia sendiri pun terkejut. Alhamdulillah akhirnya kami berdua selamat disatukan.

"Namun saya berterima kasih kepada orang tua kami kerana sebab merekalah kami bertemu semula," katanya.

Halim turut berkongsi kisah percintaan mereka menerusi satu posting di Instagramnya baru-baru ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain