“Dia rindu tapi tak tahu nak cakap” - Sayu... tak pandai kira hari, tapi anak syurga ini tahu rutin ziarah pusara bapanya - Viral | mStar

“Dia rindu tapi tak tahu nak cakap” - Sayu... tak pandai kira hari, tapi anak syurga ini tahu rutin ziarah pusara bapanya

Perkongsian Kak Pah ternyata meruntun hati pembaca Facebook.

"RINDU seorang anak syurga."

Demikianlah tajuk satu nukilan tular di Facebook yang menceritakan kerinduan seorang lelaki autisme berusia 21 tahun kepada arwah bapanya yang meninggal dunia pada April tahun lalu.

Kisah mengenai Muhammad Nazren Firdaus yang lebih mesra dipanggil Abang dikongsi oleh bekas jirannya, Natipah Abu, 46, sehingga tular di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pernah saya lawat pukul 2 pagi” - Kenal di Makkah, sempat tunai umrah sekali lagi selepas kahwin... lelaki ini tak pernah ‘missed’ ziarah kubur isterinya

ARTIKEL BERKAITAN: Ziarah pusara suami, isteri tergamam anak tanya soalan ‘ikhlas dari hati’... jawab sambil menangis undang sebak

Bercerita kepada mStar, ibu kepada tiga cahaya mata yang mesra disapa Kak Pah itu mengakui sebak saat melihat foto Abang dalam keadaan terbaring di pusara bapanya, Abdul Halid Abdullah yang sebelum ini bertugas sebagai guru Pendidikan Agama Islam di sebuah sekolah di Kedah.

"Saya berjiran dengan keluarga Abang selama 14 tahun di Sungai Petani. Dia anak bongsu daripada lima beradik. Arwah ni ustaz sekolah. Isterinya pula ustazah. 

"Malam-malam dia akan ajar mengaji al-Quran di rumah saya. Bermula anak saya tiga orang, sampai saya terpaksa buat garaj... dalam 30 anak jiran datang belajar mengaji.

"Saya pun rapat dengan keluarga mereka. Walaupun dah pindah ke Gurun, saya sentiasa ziarah keluarga Abang," ujarnya sewaktu dihubungi.

Foto kenangan arwah bapa Abang yang mengajar al-Quran di kediaman Kak Pah.

Kata Kak Pah lagi, arwah meninggal dunia akibat sakit pada bahagian pankreas dan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Alor Setar.

Biarpun sudah hampir setahun pemergiannya, Abang ternyata masih terkesan dengan takdir itu.

"Arwah yang selalu uruskan Abang, mandikan dia, tidur dengan dia. Memang dia sayang.

Sedih tengok gambar, dia rindu tapi tak tahu nak cakap. Kasih sayang mak ayah ni tiada galang ganti.

NATIPAH ABU

JIRAN

"Setiap Jumaat Abang akan ke kubur arwah. Dia tak pandai membilang hari, tapi bila tiba hari Jumaat, Abang seakan-akan tahu akan pergi ke kubur.

"Saya pun dah anggap dia macam anak sendiri. Saya pergi rumah dia hari tu, mak dia tunjuk gambar Abang kat kubur. Saya minta izin untuk kongsi di Facebook.

"Sedih tengok gambar, dia rindu tapi tak tahu nak cakap. Kasih sayang mak ayah ni tiada galang ganti," jelas Kak Pah lagi.

Sehingga kini, posting Kak Pah mengenai anak istimewa itu menerima lebih 3,000 tanda suka (like) di Facebook.

Abang dibawa menziarahi kubur arwah bapanya pada setiap Jumaat.

Malah, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa sebak mereka setelah melihat foto sayu itu.

"Kesiannya.. rindu pada yang tiada memang teramat sakit. Al-Fatihah buat semua arwah ibu bapa kita yang telah pergi.

"Ya Allah jagalah dia peliharalah anak syurga ni.

"Allahuakbar, rindu yng tiada akhirnya. Semoga abang baik-baik aje," tulis beberapa netizen.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain