Rakyat Malaysia tak puas hati, orang Jepun puji cara kerajaan tangani Covid-19... ada yang sampai tahap cemburu! - Viral | mStar

Rakyat Malaysia tak puas hati, orang Jepun puji cara kerajaan tangani Covid-19... ada yang sampai tahap cemburu!

Beberapa individu yang menaiki sebuah bas dilihat gembira selepas dibenarkan pulang dari pusat pemantauan (HSC), Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai pada Selasa. fotoBERNAMA

KETIKA ramai mengkritik tindakan kerajaan membenarkan pesakit dijangkiti koronavirus (Covid-19) di Hospital Sungai Buloh, tindakan itu bagaimanapun mendapat pujian rakyat Jepun.

Menurut seorang pengguna Twitter, Adrian Lim Chee En rata-rata rakyat negara matahari terbit mengagumi cara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani wabak baharu itu.

"Sudah ada sembilan kes Covid-19 di Malaysia yang berjaya disembuhkan. Pesakit terkini yang disembuhkan merupakan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dedah arwah sempat upload status WhatsApp tentang koronavirus sebelum rebah - “Abah, sekarang kat China orang jalan tiba-tiba tumbang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda busuk tu bau sampai sekarang” - Pensyarah sakit lepas pulang ke Malaysia, koronavirus imbau mimpi ngeri 3 bulan di China

"Meskipun ada fake news sebelum ini yang mendakwa kononnya sudah ada kematian di Malaysia, KKM berjaya kekalkan rekod sifar kes kematian akibat Covid-19.

"Malah sudah ada lapan warganegara asing dan seorang warganegara Malaysia yang berjaya disembuhkan," katanya dalam satu bebenang di Twitter.

Sebahagian kakitangan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia dengan memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment) (PPE) bergerak memasuki zon merah untuk menghantar makanan kepada pesakit di bawah pengawasan (patient under surveillance) ketika tinjauan khas di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang menjadi Pusat Pemantauan. fotoBERNAMA


Dalam pada itu, Adrian berkata rakyat Jepun turut memuji polisi Kementerian Sumber Manusia di negara ini berhubung garis panduan khas majikan terhadap pekerjanya yang dijangkiti Covid-19.

Katanya lagi, perkara itu turut dibincangkan dalam satu akaun Twitter di Jepun sehingga mendapat 17,000 retweet dalam kalangan rakyat negara itu.

"Rupa-rupanya orang Jepun puji Malaysia. Orang Jepun cemburu dengan pekerja-pekerja di Malaysia sebab kerajaan hargai sumber manusia.

"Sampai ada yang kata nak tinggal kat Malaysia. Ada yang marah dengan kerajaan Jepun sebab tidak mencontohi kerajaan Malaysia dalam menghargai sumber manusia," katanya.

Namun Adrian berkata dua perkara itu tidak tular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Polisi Kementerian Sumber Manusia berhubung garis panduan khas majikan terhadap pekerja yang dijangkiti turut mendapat pujian rakyat Jepun.

"Sebab benda baik kita tak sebarkan seluas-luasnya. Benda buruk pula kita ringan jari.

"Selepas berita negatif mendominasi media sosial, kita mengadu pula sebab apa suasana kat negara ini negatif sangat.

"Walhal kitalah yang memainkan peranan aktif menguburkan berita baik sambil menghangatkan lagi berita buruk. Hahaha," katanya.

Rupa-rupanya orang Jepun puji Malaysia. Orang Jepun cemburu dengan pekerja-pekerja di Malaysia sebab kerajaan hargai sumber manusia.

ADRIAN LIM CHEEN EN.

Perkongsian itu disifatkan netizen sebagai satu perkara bermanfaat yang patut diuar-uarkan kepada orang ramai.

"Thanks for sharing. Really appreciate it!," kata seorang netizen.

Sebelum ini ramai rakyat di negara ini meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati terhadap kerajaan yang didakwa tidak serius menangani wabak Covid-19.

Dr Dzulkefly Ahmad (kiri) bercakap pada sesi temu bual eksklusif bersama Bernama mengenai situasi terkini jangkitan Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Kementerian Kesihatan pada 11 Februari lalu.

Kebanyakan netizen mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan menghalang pelancong dari China khususnya, daripada memasuki Malaysia dalam usaha untuk mengelakkan penyebaran virus dari negara berkenaan.

Malah ada penduduk yang meluahkan rasa bimbang dengan penularan wabak itu memandangkan kebanyakan mangsa dijangkiti dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Terbaru, jumlah pesakit COVID-19 yang berjaya dipulihkan terus bertambah kepada 15 selepas dua lagi daripada 22 individu yang disahkan positif kluster itu sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang pada Rabu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua kes itu merupakan kes ke-17 dan ke-18 yang disahkan positif dijangkiti COVID-19 pada 9 Februari lepas dengan kedua-duanya dirawat di Hospital Sungai Buloh.

KKM , Kementerian Sumber Manusia , Covid-19 , Jepun

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain