“Benda busuk tu bau sampai sekarang” - Pensyarah sakit lepas pulang ke Malaysia, koronavirus imbau mimpi ngeri 3 bulan di China

Perkongsian pensyarah itu di Facebook ternyata menarik perhatian warga maya. FOTO: AP Photo/Petr David Josek.

PENULARAN wabak koronavirus yang membimbangkan ternyata mengimbau kenangan lampau seorang pensyarah sewaktu berkhidmat selama tiga bulan di China pada 2016.

Menurut M Hafiz Ostmann, dia yang mengajar subjek bahasa Jerman di sebuah universiti di wilayah Henan mengakui pengalaman di sana diibaratkan sebagai mimpi ngeri kerana ia jelas cukup berbeza dengan budaya negara kita.

"Memori masih segar, trauma... benda busuk tu bau sampai sekarang. Saya sangat terkejut, saya nak balik tapi terikat dengan kontrak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka sudah ada perancangan melawat” - Ramai pertikai bagaimana ahli keluarga lain ‘lepas’ masuk Malaysia walau dua dah ditahan di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri sahkan 3 pelancong warga China masuk Malaysia positif koronavirus

"Saya cukup marah bila balik Malaysia. Tak sangka macam tu sekali. Balik Malaysia saya jatuh sakit, doktor kata dapat dari sana.

"Rasa nikmat bila habis kontrak tu. Di sana, tak rasa macam manusia. Najis bersepah dalam tandas. Macam tak ada deria geli," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Terdahulu, kisah Hafiz turut menjadi tular setelah dia berkongsi mengenainya menerusi nukilannya di laman Facebook.

Sebahagian perkongsian pensyarah itu di Facebook.

Dalam posting berkenaan, dia mengaku tidak hairan kenapa negara China dilanda wabak koronavius memandangkan sikap segelintir penduduk di sana yang pengotor.

"Tong sampah main campak sahaja. Di situlah makanan, di situlah kertas. Di situ juga tuala wanita. Boleh nampak kotor darah haid di situ.

"Lepas tu kalau dalam kelas saya rasa nak termuntah bila sesi soal jawab. Sebabnya bila sesi soal jawab mereka masing-masing angkat tangan. Maka terserlah bulu ketiak yang panjang dua tiga depa mengalahkan berus lukisan abstrak, boleh dipintal umpama tali kapal.

Mereka ni suka korek hidung depan-depan. Tak ada rasa segan silu. Dia melombong tu satu macam. Kita tengok rasa jijik.

M HAFIZ OSTMANN

PENSYARAH

"Dari segi pemakanan, pasar mereka juga ada jual macam-macam seperti serangga, kuda laut panggang dan sebagainya," ujarnya yang menceritakan sikap segelintir rakyat negara itu yang suka meludah merata-rata termasuk di dalam bas.

Dari segi pelajaran pula, Hafiz tidak mempunyai masalah dengan pelajar negara itu kerana mereka mendengar kata dan ada kerajinan dalam membuat kerja, ujarnya yang sudah mengajar bahasa asing sejak 2009.

Antara perkara lain yang dikongsikannya menerusi nukilan berjudul 'Tali Kapal' di Facebooknya termasuklah sikap orang di sana yang selamba mengorek hidung di tempat terbuka.

Penularan koronavirus membuatkan Hafiz terimbas pengalamannya di negara China pada tahun 2016.

"Mereka ni suka korek hidung depan-depan. Tak ada rasa segan silu. Dia melombong tu satu macam. Kita tengok rasa jijik," ujarnya.

Posting Hafiz di Facebook miliknya ternyata menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 40,000 tanda suka.

Ia bagaimanapun dipadam selepas penilaian pihak Facebook menyatakan ia melanggar kod amalan laman sosial berkenaan.

Selain Facebook, paparan skrin posting itu turut ditularkan oleh individu lain di laman Twitter.

pensyarah, China, koronavirus, Henan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain