suria

“Kami memang nak tunjuk bahagian dalam” - Kecoh baju Melayu Hari Raya ‘transparent’ nampak puting, samping atas lutut

Baju Melayu yang dipakai seorang model lelaki mencetuskan kontroversi kerana berkain jarang sehingga menampakkan bahagian dada. Foto Mono.Mikael

“BAIK tak payah pakai baju.”

Demikian kata seorang netizen berhubung sebuah video tular menunjukkan salah seorang model lelaki berbaju Melayu jarang sehingga menampakkan tubuh badan dalam satu pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Lebih mengejutkan, kain jarang baju Melayu yang diperagakan sempena fesyen Hari Raya itu turut menunjukkan bahagian dada model tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju Melayu tak ketat, model tu sado sangat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Faiz Dickie Reka Baju Melayu Kimono Lagi?

“Baju apakah? Takkan pagi-pagi raya nak pakai macam tu? Kalau tak transparent lagi cun,” komen netizen lain berhubung majlis yang dianjurkan sebuah syarikat perancang perkahwinan.

Antara komen netizen berhubung baju Melayu berkenaan.

Bercakap kepada mStar, pemilik syarikat itu, Firdaus Abd Razak tampil menjelaskan bahawa baju Melayu yang mencetuskan kontroversi itu diperbuat daripada kain net.

Lebih dikenali sebagai Afeer, katanya, baju Melayu yang diperagakan model tersebut bukan untuk dijual sebagai ready to wear (siap dipakai) sempena Hari Raya.

“Semua baju yang dipakai model-model bukan ready to wear (RTW). Kami memang tak jual baju-baju raya RTW, sebaliknya custom made (ditempah).

“Sebenarnya, hanya satu sahaja baju Melayu yang guna kain net untuk fashion show sebab kami nak tunjuk kualiti jahitan dalaman pada pakaian kami, dan satu baju Melayu lagi menggunakan kain penuh untuk tunjuk rekaan, ” katanya kepada mStar.

Seluar yang dipakai model turut berkain jarang sehingga menampak bahagian atas lutut. Foto Mono.Mikael

Afeer berkata, pertunjukan pentas itu hanya berskala kecil dengan kira-kira 100 jemputan bagi membolehkan mereka melihat setiap rekaan dan jahitan pada pakaian-pakaian model secara dekat.

Sehubungan itu, dia menjelaskan busana yang dipakai oleh seorang model lelaki itu bukan untuk tujuan pemasaran.

“Kami memang nak tunjuk detail setiap rekaan, jadi jemputan boleh lihat dengan lebih dekat jahitan halus kami terutama di bahagian dalam baju.

Kami memang nak tunjuk detail setiap rekaan, jadi jemputan boleh lihat dengan lebih dekat jahitan halus kami terutama di bahagian dalam baju.

AFEER

“Jadi, bukan tujuan marketing... tak ada plan pun untuk jadikan puting model lelaki tu sebagai satu isu.

“Lagipun kain net tu hanya pada bahagian baju dan seluar, dan kami pakaikan samping pada model lelaki yang menutup aurat, antara bahagian pusat dan lutut, ” katanya yang mengusahakan butik pengantin sejak 2012.

Afeer bersama model memakai busana baju Melayu. Foto Mono.Mikael

Ditanya mengenai bahagian lutut lelaki terdedah ketika model memperagakan baju Melayu menerusi video yang tular, Afeer menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tidak disengajakan.

“Sepatutnya saya rancang paras lutut. Kemudian staf saya siapkan (pada model) tu pun paras lutut ngam-ngam. Tapi kita siapkan tu sejam lebih sebelum acara bermula.

“Mungkin model ada tarik (samping) ke atas, atau tertarik ke atas sebab kita siap tu awal. Tak disengajakan sebab rancangan kami, samping tu ngam-ngam paras lutut,” katanya sambil memohon agar semua pihak jelas dengan kekeliruan tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain