“Baju Melayu tak ketat, model tu sado sangat!”

PETALING JAYA: Seorang pereka fesyen dikritik gara-gara baju Melayu yang dihasilkannya kelihatan begitu ketat, sehingga menjadi bahan tular di media sosial.

Segelintir netizen melabelkan baju Melayu rekaan Amir Kadir itu seperti ‘swimsuit’ (pakaian renang) kerana menampakkan susuk badan.

“Nak tanya, ni baju Melayu ke swim ke sarung nangka? Aduhai rekaan baju Melayu trend sekarang," luah seorang netizen.

Amir Kadir. Foto Facebook Amir Kadir

Perekanya, Amir Kadir atau nama sebenarnya Amir Abdul Kadir tampil menjelaskan baju tersebut bukanlah sendat dan mahu sengaja memperlekehkan budaya Melayu.

“Pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian.

“Perkara ini (baju Melayu ketat) terjadi ketika sesi penggambaran yang menggunakan khidmat salah seorang model yang sado dan saiz baju agak kecil untuk dia.

Effect (kesan) nya ia kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yang agak berlainan sedangkan jika dilihat pada gambar dimana dua model yang berlainan kesannya adalah normal,” katanya menerusi status di Facebook.

Baju Melayu yang tular menggunakan model yang berlainan.

Malahan di ruangan komen, Amir turut menjelaskan bahawa baju Melayu yang kelihatan sendat itu disebabkan kakitangannya memakaikan pin bagi menampakkan kesan yang berlainan menyebabkan ia kelihatan ketat keterlaluan.

“Lagi satu, masa penggambaran tu staf saya pin kat bahagian seluar... effect gambar over (keterlaluan)," tambahnya.

Posting Amir Kadir tersebut turut dimuat naik tiga gambar model berlainan yang memakai baju Melayu yang mendapat kritikan ramai itu.

Sekeping gambar adalah baju Melayu yang tular, manakala dua lagi merupakan pemakaian yang lebih longgar tanpa menunjukkan susuk badan.

Baju Melayu 'Zebra by Amir Kadir' laris dijual berikutan tular di media sosial.

Sehubungan itu, Amir berharap penjelasannya dapat melegakan hati netizen berhubung perkara sebenar.

“Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yang negatif tanpa usul periksa terlebih dahulu,” katanya sambil menambah meminta semua pihak supaya bersangka baik.

Dalam pada itu, Amir berkata, beberapa rekaan baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ laris dijual berikutan tular di media sosial.

“Baju viral (tular) dan habis dijual. Terima kasih para pelanggan yang disayangi! Semua ‘bawangs’ terima kasih juga tau,” ujarnya.

baju Melayu, Amir Kadir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain