“Siap buat muka gedik, boleh la bang...” - Suami akui tak faham bahasa cinta selepas isteri sentap tak dapat tonton drama TV kesukaan

Mohd Fhais berkongsi kisah isterinya merajuk gara-gara tidak dapat menonton drama 'Maaf Tak Indah'.

BENARLAH kata orang jangan diusik remote TV kalau isteri sedang layan drama kesukaaan mereka, parah jadinya!

Begitulah dilalui seorang lelaki apabila isterinya merajuk gara-gara tidak dapat melihat drama bersiri bualan ramai, Maaf Tak Terindah yang baru sahaja habis ditayangkan, Khamis lalu.

Menerusi perkongsian Mohd Fhais di Facebook, dia tidak menduga tindakannya enggan melayan permintaan isterinya untuk menukar siaran ditontonnya kepada drama tersebut menjadi 'parah'.

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa dedah bilik tidur, isteri ‘bising’ punca anak meraung ‘nak mak baharu’, “Kalau diteriaknya nak ‘mak yang hari tu’, habislah saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Niat YouTuber nak prank kahwin lain... pilu si isteri sampai basah tudung dek air mata - “Dia ibarat buat kerja bodoh”

"Orang perempuan ni memang cepat sentap. Pasal tak dapat tengok drama kat TV pun boleh jadi isu. Sungguh, baru je jadi dua hari lepas. Saya tengah sedap tengok cerita TWD episod baharu tiba-tiba datang isteri capai remote nak buka cerita drama TV3 dia.

"Siap buat muka gedik dia, boleh la bang, boleh la bang nak tukar. Masa tu memang saya tak sangka boleh jadi parah macam ni. Gara-gara saya tak endah permintaan dia, selama dua hari dia merajuk. Diam seribu bahasa.

Mohd Fhais bersama isteri dan anak-anaknya.

"Seharian tak senyum, moody memanjang. Serius, suram rasa rumah bila isteri tak ceria. Saya kata dalam hati, apa benda remeh pun nak merajuk sampai macam tu sekali," katanya.

Meskipun isu itu kelihatan remeh, namun Mohd Fhais tersilap apabila dia akhirnya menyedari isi hati sebenar isterinya ketika itu.

"Sekali isteri saya tag nama saya dekat posting "Wanita mahu disayangi". Baru saya perasan. Rupa-rupanya kata hati saya salah. Ia tak remeh, sebenarnya ia adalah satu isu besar buat perempuan.

Tak kisah apa bahasa cinta, setiap isteri mahukan layanan first class daripada suami mereka. Bukan second bukan third. Mesti first class barulah dia ceria macam first time dating dulu.

MOHD FHAIS

"Isteri merajuk bukan sebab tak dapat tengok drama favourite dia tapi dia merajuk sebab bahasa cinta dia dikhianati. Seriuslah, apa kaitan tak dapat tengok drama TV dengan bahasa cinta," katanya.

Menurut lelaki itu lagi, isterinya hanya mahukan sedikit layanan eksklusif daripada dirinya untuk rasa dihargai dan disayangi.

Barisan pelakon drama kesukaan ramai yang baru saja berakhir Khamis lalu.

"Bahasa cinta isteri saya ialah mahu layanan ekstra eksklusif dari saya. Dia nak rasa diutamakan, dihargai dan disayangi lebih dari benda lain. 

"Bila saya dahulukan cerita TWD daripada permintaan dia, itu yang dia sentap menyentap sampai dua hari sebab hati tersakiti.

"Patut la saya pujuk punya pujuk semua tak jalan. Puas cakap I'm sorry, dia tak respon pun rupanya cara pujuk tu tak sesuai dengan bahasa cinta dia," katanya.

Jelasnya lagi, selepas dia melakukan beberapa perkara untuk memenangi hati isterinya itu barulah timbul senyuman di wajah isterinya itu.

"Saya basuh baju, saya hidup roadtax kereta dia, saya sambut dia balik kerja dengan nasi goreng paprik special barulah timbul senyuman di wajah dia.

Mohd Fhais menyedari isterinya mahukan layanan eksklusif untuk rasa disayangi dan dihargai.

"Rupanya kena bagi layanan eksklusif baru masuk ke jiwa dia. Bahasa cinta ni ibarat jambatan ke hati isteri kita. Penting kena tahu bahasa cinta isteri masing masing.

"Tak kisah apa bahasa cinta, setiap isteri mahukan layanan first class daripada suami mereka. Bukan second bukan third. Mesti first class barulah dia ceria macam first time dating dulu," katanya.

Tambah Mohd Fhais lagi, bahasa cinta ada lima iaitu kata pujian, sentuhan, masa berkualiti, hadiah atau kejutan dan layanan.

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain