suria

Boleh menggeletar lutut lawan! Atlet sekolah kongsi ultras perempuan ubah keputusan perlawanan selepas lewat tiba

Aksi sekumpulan pelajar seakan-akan ultras mendapat perhatian netizen dan tular di media sosial.

KITA semua tahu ultras sangat sinonim dengan peminat tegar sukan bola sepak di Malaysia.

Di mana berlangsungnya perlawanan bola sepak, pasti akan ada ultras yang datang menyokong sepenuh jiwa.

Pendek kata, dalam tempoh 90 minit permainan di atas padang, sepanjang tempoh itu juga ultras akan memberikan sokongan, sehinggakan dalam bola sepak, ultras dianggap sebagai pemain ke-12.

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat nyanyi lagu Ultras Malaya, tak sedar rakan ditarik arus air terjun, “Mujur kawan pegang kaki waktu hanyut terkapai-kapai”

ARTIKEL BERKAITAN: Sahut tugas di Stadium Nasional, 3 imam bergegas naik LRT ke Bukit Jalil – “Syukur, doa penyokong kemenangan memihak Harimau Malaya diizinkan”

Namun, kebiasaannya ultras terdiri daripada golongan lelaki dan jarang-jarang kita lihat kaum hawa membentuk curva.

Tetapi itulah yang berlaku di sebuah sekolah apabila 100 peratus ultras terdiri daripada pelajar perempuan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima!

Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuatnaik oleh seorang pelajar, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan sedang bersorak sakan tak ubah seperti ultras.

Mana tidaknya, selalunya penyokong perempuan akan menggunakan suara yang lantang dan nyaring mereka untuk bersorak memberikan semangat, tetapi kali ini mereka lengkap bermafla dan membawa gendang.

Kehadiran Ultras Kurshiah menaikkan semangat rakan-rakan yang sedang beraksi dalam gelanggang.

Bercerita kepada mStar, Maria Elena Mazlan, 16, memberitahu semua pelajar di sekolahnya, Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan akan diajar untuk melakukan cheers.

"Kami sejak tingkatan satu lagi sudah diajar untuk melakukan sorakan untuk rumah sukan dan juga sorakan untuk sekolah.

"Memandangkan kami sekolah perempuan, semua benda kami buat sendiri. Ultras, capo (ketua) dan yang main gendang semuanya perempuan.

"Walaupun tidak sehebat lelaki, tetapi semangat dan jiwa tu masih ada. Bukan sekolah kami sahaja yang buat, sekolah berasrama penuh (SBP) yang lain pun ada ultras," kata pelajar yang mengambil aliran sains tulen itu.

Maria merupakan atlet bola keranjang di sekolahnya.

Tambah Maria, hampir semua sukan yang disertai sekolahnya akan dihadiri ultras yang digelar sebagai Ultras Kurshiah.

"Sukan utama di sekolah kami adalah ragbi dan bola keranjang. Bila ada ultras ni, aura dia lain macam.

"Memang sekolah akan hantar Ultras Kurshiah ni kalau ada pertandingan di luar kawasan," ujar Maria yang mewakili sekolahnya ketika muncul juara kejohanan Bola Keranjang Zon Selatan.

Maria yang juga merupakan atlet sekolah memberitahu kehadiran Ultras Kurshiah sedikit sebanyak membantu meningkatkan semangat rakan sepasukannya yang sedang beraksi dalam gelanggang.

"Pernah sekali tu masa pertandingan bola keranjang, kami ketinggalan pada suku pertama dan suku kedua. Ultras Kurshiah tiba lewat sikit pada ketika itu. Mereka sempat untuk beri sokongan untuk suku ketiga dan keempat.

"Tak lama lepas tu, kami terus tinggalkan pihak lawan dengan perbezaan mata yang agak jauh. Memang saya tak akan lupakan moment itu," ujar pelajar tingkatan empat tersebut.

Memandangkan kami sekolah perempuan, semua benda kami buat sendiri. Ultras, capo (ketua) dan yang main gendang semuanya perempuan.

MARIA

PELAJAR

Dalam pada itu, video yang dimuatnaik Maria itu turut mendapat kecaman daripada segelintir netizen yang mempersoalkan tentang keadaan semasa yang diancam wabak Covid-19.

"Pertandingan tersebut berlangsung pada awal Februari, saya je yang muat naik lambat," ujarnya sambil menambah netizen tidak perlu bimbang kerana pada ketika itu situasi di Malaysia tidak berada pada tahap bahaya.

Bukan sahaja pelajar Kolej Tunku Kurshiah, pelajar SBP lain turut mempunyai ultras sendiri.

Video yang sehingga kini mendapat lebih 82,000 tontonan dan 2,400 retweet (ulang kicau) itu keseluruhannya mendapat reaksi positif daripada netizen.

"Belum masuk gelanggang lagi tapi dah meremang satu badan tengok cheers," tulis seorang pengguna Twitter.

"Tak semua ultras lelaki je boleh, kita pun boleh buat juga! Vibes dia sangat lain bila nyanyi sama-sama macam ni," tulis netizen lain.

"Kalau aku jadi pihak lawan mahu bergetar lutut weh!" ujar seorang gadis.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu