suria

Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

Ada segelintir individu menyangka Ivan menjalani pembedahan plastik kerana perubahan wajahnya yang ketara.

TREND berkongsi foto transformasi diri atau glow up banyak melatari paparan media sosial lewat kebelakangan ini.

Selain perubahan bentuk dan saiz badan, ada juga individu yang berkongsi foto perubahan wajah mereka.

Tidak terkecuali, selebriti media sosial, Shahrul Izwan Dona turut berkongsi transformasi wajahnya yang berlaku dalam tempoh lapan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

Dia yang mesra disapa Ivan bagaimanapun tidak terlepas menerima respons negatif apabila didakwa melakukan pembedahan plastik kerana perubahan wajah yang cukup ketara.

Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 28 tahun itu menafikan tuduhan berkenaan.

"Saya share gambar lama waktu umur awal 20-an, dalam lapan tahun lepas. Ada beberapa orang kata saya buat pembedahan plastik.

Antara mesej netizen berkenaan pembedahan plastik yang dikongsi di InstaStory Ivan.

"Saya bukannya orang senang. Itu semua dibantu perubahan masa. Muka saya juga berubah sebab berat badan bertambah 10 kilogram dalam tempoh tu.

"Dulu kurus cengkung je. Penjagaan wajah dan kekemasan diri juga membantu hingga diri yang sekarang nampak jauh berubah," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Ada orang tegur, gambar lama tu macam kena langgar bas. Saya tahu ada yang bergurau je, tak ambil hati. Tak terkilan tapi pelik juga. Kenapa kata macam tu?

SHAHRUL IZWAN DONA

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

Menurut jejaka berdarah campuran Jawa, Bugis, Melayu dan India itu, dia tidak terkilan tapi sedikit sedih apabila usahanya dicemari dengan tuduhan sebegitu rupa.

Ujar Ivan lagi, dia tidak akan sesekali menjalani pembedahan plastik biarpun mempunyai wang yang banyak.

"Saya suka tengok perubahan orang, sebab tu saya pun kongsikan juga. Dulu tak elok, sekarang pun tak adalah elok sangat, tapi dah berubah.

"Ada orang tegur, gambar lama tu macam kena langgar bas. Saya tahu ada yang bergurau je, tak ambil hati. Tapi agak terasa orang kata saya 'hauk' tapi semua orang pernah buruk.

Ivan memiliki darah campuran Melayu, Bugis, Jawa dan India.

"Tak terkilan tapi pelik juga. Kenapa kata macam tu? Sedih la sikit sebab usaha kita buat secara semula jadi, tapi dituduh macam tu.

"Pembedahan plastik ni banyak risiko, ada kesan sampingan. Kalau kaya pun saya tak buat," ujarnya.

Tambah Ivan lagi, dia yang memiliki lebih 43,000 pengikut di Instagram enggan melayan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial.

Wajah Ivan sekitar lapan tahun lepas.

Dia bagaimanapun hanya melihat kecaman berkenaan secara positif untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.

Jelas anak kelahiran Sabah yang menetap di Johor itu, sebenarnya banyak tip yang boleh diamalkan untuk menjadikan diri lebih menarik pada pandangan orang sekeliling.

"Yang penting kena jaga kekemasan diri, grooming tu sangat penting. Nak tampil menarik, kena jaga penampilan.

Kata Ivan, seseorang itu perlu menjaga penampilan untuk kelihatan menarik.

"Tak semestinya pakaian mahal sahaja. Saya pun ada je baju bundle. Kena tahu mix and match. Kalau pandai gayakan, pakaian murah pun nampak menarik dan mahal," ujarnya.

Ivan pada Isnin berkongsi paparan skrin mesej beberapa individu yang menuduh dia membuat pembedahan plastik menerusi laman InstaStory.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain